Selepas pingat emasnya ditarik balik, kini atlet gimrama negara, Izzah Amzan boleh tersenyum kembali kerana ia akan dipulangkan semula kepadanya.
Memetik laporan Harian Metro, hal itu disahkan oleh Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Sea (CDM) Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang berkata, Izzah akan mendapat semula pingat yang dimenanginya dalam acara riben. "Mereka bersetuju dengan klausa dalam buku peraturan Sukan Sea dan akan memulangkan semula. "Selewat-lewatnya petang ini mereka akan menambah semula emas itu dalam pungutan pingat negara," katanya. Katanya lagi, Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Filipina (Phisgoc) menerima protes yang dibuat pihak kontinjen Malaysia.
Ia sekaligus akan menambah semula pungutan pingat emas negara. Tahniah diucapkan! - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|