Selepas berkahwin baru, nampaknya kehidupan Dr Aerin Radzi atau lebih popular dengan gelaran 'Wanita Kaabah' tak habis-habis dilanda kontroversi. Terbaru, seorang pengguna Facebook, Zack Bee Al telah berkongsi sebuah video melalui laman Makcik Bawang Channel, berkaitan berita kurang enak isteri baru Da'i Farhan itu. Menurut Zack, tujuannya menularkan video tersebut adalah untuk membersihkan namanya yang telah menjadi mangsa fitnah oleh Dr Aerin, selain menyatakan dirinya tidak dibayar setelah melakukan 95% kerja-kerja ubahsuai di premis DRHOLIS yang beroperasi di Desa Melawati.
Melalui video berdurasi hampir 3 minit itu juga, Zack sempat menasihatkan netizen agar berhati-hati apabila berurusan dengan 'Wanita Kaabah' dan meminta agar wanita tersebut menghubunginya untuk menyelesaikan isu berkenaan. Antara komen warga maya berkenaan video terbaru itu: " Adoi nasib nikah dgn scammer. Skrg ni nak nikah kena check background bukan pakai redah je" "Please la jgn pggil dia wanita kaabah...x sesuai lgsung.pggil je "doctor fake" "Kaki kencing merata perempuan ni... lepas satu2 terbongkar..." "Makin terbongkar makin mengerikan perempuan sondol ni....byk giler penipuan ...memalukan" Setakat ini tiada respon yang diberikan oleh Dr Aerin mahupun Ustaz Farhan terhadap kes terbaru ini. Adakah tuduhan ini benar atau palsu? Atau salah faham semata-mata? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya.- CARI
|
ADVERTISEMENT