|
Dua kereta menjadi mangsa amarah lelaki yang berang cintanya tidak direstui. Menurut BERNAMA, suspek, 38, membakar dua kereta milik ahli keluarga teman wanitanya di Kampung Cheroh, Raub, pada awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Raub, Supt Kama Azural Mohamed berkata, suspek bersama seorang rakan menaiki Toyota Camry ke rumah mangsa sekitar jam 2.00 pagi sebelum melempar dua tong plastik berisi minyak petrol ke garaj rumah berkenaan. “Seorang daripada mereka dipercayai telah menyalakan api menggunakan pemetik api sebelum melarikan diri, menyebabkan kereta jenis Honda HRV dan Toyota Unser yang berada di garaj itu terbakar selain pecah di bahagian tingkap. “Bagaimanapun, kebakaran itu dapat dipadamkan oleh ahli keluarga mangsa dengan menggunakan pemadam api sebelum abang kepada teman wanita suspek membuat laporan polis,” katanya.
Abang mangsa mendakwa sebelum kejadian berlaku perselisihan faham antara keluarganya dengan suspek sebelum adiknya keluar dari rumah untuk mengikut suspek pada Sabtu lalu selepas hubungan mereka tidak direstui. Bagaimanapun, semalam, adik mangsa pulang ke rumah untuk mengambil tiga anaknya, namun dihalang keluarga mangsa. Polis masih mengesan suspek dan rakannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.733839 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.