"Demi kelangsungan hidup bekas pekerja Utusan setelah tiga bulan tidak mendapat gaji." Demikian kenyataan seorang pengguna Twitter bernama Asrul Muzaffar mengenai Jualan Murah Sempena Penutupan Gudang Utusan yang bermula 2 Disember hingga 31 Disember 2019 di Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur. Melalui ciapannya juga, Asrul berharap selain orang ramai, pihak kerajaan terutama sekali Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa boleh membeli buku-buku yang dilelong untuk disedekahkan kepada rumah kebajikan, sekolah-sekolah dan pusat tahfiz. Melalui gambar-gambar yang dikongsi oleh salah seorang 'personal shopper' (pembeli peribadi) bernama Miss Emptor, didapati buku-buku yang dijual masih dalam keadaan baru, dalam pelbagai genre dan sangat murah-sehingga ada yang dijual pada harga 50 sen sahaja. Miss Emptor yang telah ke sini turut berkongsi sedikit tips sekiranya anda berminat untuk memeriahkan lagi jualan penutupan gudang ini. Antaranya, anda dinasihatkan untuk membawa topeng muka kerana keadaan gudang yang berdebu dan panas serta bawa kerusi untuk orang tua dan bawa beg beroda sekiranya ingin membeli buku dalam jumlah yang banyak. |
dekmieDandy replied at 16-12-2019 03:04 AM
teringin nak pi, agak-agak novel pemenang karya utusan dulu-dulu tu ada jual dak
BoongaKertas replied at 16-12-2019 06:27 AM
iols dah pergi. depends kat berapa lama yg chuols cari tu. aritu iols terjumpa yg 2012 ke 2016 pun ...
dekmieDandy replied at 16-12-2019 07:35 AM
wahh ada ya, tak kesah pon tahun bila punya sebab kalau baca semua best-best
tapi lagi best kal ...
lanesra replied at 15-1-2020 05:58 PM
jualan gudang masih dilanjutkan sehimgga 29 FEB
ADVERTISEMENT