CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Panggang Tangan Anak Tiri Kerana Tak Tahan Nakal, Suka Mengadu Pada Suami

13-12-2019 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5040| Komen: 13

Kanak-kanak cedera selepas tangannya dipanggang akibat sering mengadu mengenai kesalahan ibu tiri kepada bapanya.

Memetik TribunNews, Putri Indah Lestari, 24, melakukan tindakan kejam itu terhadap Am, 10, kerana tidak tahan dengan kenakalan kanak-kanak itu yang juga sering mengadu kesalahannya kepada suami hingga mencetuskan pertengkaran.


Difahamkan, Putri sebelum ini juga memukul Am dengan penyapu sebanyak lima kali pada waktu berbeza di kediamannya di Pesawaran, Indonesia.


Foto: TribunNews

Pada hari kejadian, wanita itu berang apabila Am tidak mengaku ada mengadu kepada bapanya sebelum mula memukul mangsa dengan penyapu.

Suspek kemudian membakar kedua-dua tangan anak tirinya itu di atas dapur gas yang menyala.

Mangsa yang kesakitan memohon maaf sambil menangis, namun tidak dihiraukan ibu tirinya.

Putri yang ditahan polis mengakui kerap memukul Am, namun tindakan membakar tangan mangsa adalah yang pertama kali dilakukannya.


Selain tidak tahan dengan sikap suka mengadu kanak-kanak itu, Putri juga mendakwa bertindak kejam sedemikian untuk melampiaskan kekesalannya kerana sering dipukul suami.

Wanita itu bagaimanapun enggan melaporkan perbuatan suaminya kerana tidak dibenarkan keluarga sehinggalah dia hilang sabar dan melampiaskan segala kemarahan terhadap kanak-kanak malang terbabit. - CARI

Bagus
7

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 13-12-2019 01:58 PM
Sian anak .bapak kaki pukul.mak tiri kaki pukul.xnak jg hntr la rumah anak2 yatim.ni ko dera,esok2 mati kang pndai brlakon nangis
Quote Artemesiaa 13-12-2019 02:05 PM
Masaalah orang tua jangan libatkan anak2 kan tak pasal2 jadi pendera
Quote Kurex 13-12-2019 02:42 PM
sepatutnya negara maju ke depan takkan buat macam ni
Quote manehnya 13-12-2019 03:03 PM
Yindonnn... What u expect Dr bangsa Ni

Dok Malay kawin melayu pun deta anak
Quote cikatilia 13-12-2019 03:05 PM
elok panggang pendera2 ni tapi xmati so bole sembuh and sambung dipanggang lagi dan lagi
Quote hatikudus 13-12-2019 03:21 PM
Budak jugak jadi mangsa
Quote munchkin 13-12-2019 03:34 PM
Kesian adik ni
Quote Count_Romanov 13-12-2019 03:41 PM
Ndon             
Quote Pearlapple 14-12-2019 03:44 AM
Saitonnye perangai..
tak sabar masuk neraka la tu main-main dengan api.
Quote Pink_Purple 14-12-2019 04:27 AM
Edited by Pink_Purple at 14-12-2019 04:28 AM

umur 24(muda lagi) kahwin duda pendera..
sudahnya kau pun jadi pendera
Quote gideoncross 15-12-2019 06:15 AM
Toxic af family mcm ni, smoga d jauhkn dri hidup iol.
Quote syaz_lina 25-2-2020 08:24 PM
Hukumannya bakar tgn dia pulak..baru adil. Vingainya yindon
Quote Sham143 4-3-2020 08:30 PM
Kes niaya ni.. Laki pukul bini, bini lepaskan pada anak tiri..Akhirnya anak la yg jadi mangsa..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.215869 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top