CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Hilang, Lari Ikut Lelaki? Polis Pun Tak Boleh Buat Apa Kalau Sendiri Rela..

13-12-2019 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10077| Komen: 48

Sudah seminggu tidak pulang ke rumahnya di Kampung Ulu Bakai, Baling, sejak Jumaat lalu, seorang wanita kini sedang dicari oleh ahli keluarganya.

Memetik laporan Harian Metro, Siti Khadijah Abdullah, 25 dikatakan keluar dari rumah pada 6 Disember lalu dengan pakaian warna ungu. 

Dikatakan juga wanita ini dipercayai mengikut seorang lelaki yang menunggunya di Pekan Labu Besar, Kulim, menurut kakaknya, Siti Nor Asiah. 

Kredit foto: Harian Metro

“Khadijah turut meninggalkan sekeping nota di dalam biliknya mengatakan dia akan pulang pada Ahad lalu 8 Disember.

“Namun sehingga hari ini, dia tidak pulang ke rumah, malah cubaan menghubunginya gagal,” katanya.


Katanya lagi, dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Malau pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata tiada apa dapat dilakukan jika wanita itu lari dengan kerelaan sendiri. 

“Polis menerima aduan mengenai wanita berkenaan, namun tiada tindakan boleh diambil sekiranya wanita itu melarikan diri dengan kerelaan sendiri,” katanya. - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 13-12-2019 04:36 PM
takde pulak nampak..lapar nasik kang dia balik lah tu..
Quote sarah82 13-12-2019 04:55 PM
Mampos kena cerca dgn makcik2 kmpg sambil membawang di rumah kenduri..
Quote fliphair8 13-12-2019 04:59 PM
Boomibulat replied at 13-12-2019 04:36 PM
takde pulak nampak..lapar nasik kang dia balik lah tu..

hakak nak balik ghomah ni boom....jenuh hakak gelak sengsorang
Quote Boomibulat 13-12-2019 05:02 PM
fliphair8 replied at 13-12-2019 04:59 PM
hakak nak balik ghomah ni boom....jenuh hakak gelak sengsorang

kat mana yg kelakarnya..?i jawab soalan je..
Quote noraidil_06 13-12-2019 05:31 PM
Boomibulat replied at 13-12-2019 04:36 PM
takde pulak nampak..lapar nasik kang dia balik lah tu..

samalah.x nmpk gak. gambar pun x nmpk. ke x de gambar.
pemalas la ko kak modnge.
Quote Boomibulat 13-12-2019 05:33 PM
noraidil_06 replied at 13-12-2019 05:31 PM
samalah.x nmpk gak. gambar pun x nmpk. ke x de gambar.
pemalas la ko kak modnge.

try tanya jiran..ni budaknya



Quote Pink_Purple 13-12-2019 05:37 PM
puas berjantan nanti balik la dia..
Quote Pink_Purple 13-12-2019 05:39 PM
jangan balik dengan pakage perut besar sudah..

berani lari rumah...kalau pi siam menikah xpa juga, jangan xmenikah duduk mcm suami isteri dah...
Quote renko 13-12-2019 06:31 PM
pergi berancok ke apa tu
Quote Skuau 13-12-2019 06:38 PM
dedulu negara pernah digemparkan dgn 'kes budak  diculik oleh makhluk halus'.
Quote Kurex 13-12-2019 07:19 PM
aku yg kuat membirah pun takdela nak ikut zul ripin balik rumah
Quote orgsepang 13-12-2019 08:00 PM
Dah dewasa tu, nak balik nanti baliklah dia. Bukan kena culik.
Quote Centurion 13-12-2019 08:29 PM
Membatang la kot ni smp lupa nk balik rumah.
Quote sekngucing 13-12-2019 08:52 PM
Kurex replied at 13-12-2019 07:19 PM
aku yg kuat membirah pun takdela nak ikut zul ripin balik rumah

avatar hang tu ahli parlimen gombak yg khalwat tu ke


tiba tiba teringat kes ni.... hahahah
Quote Modngengade 13-12-2019 08:53 PM
noraidil_06 replied at 13-12-2019 05:31 PM
samalah.x nmpk gak. gambar pun x nmpk. ke x de gambar.
pemalas la ko kak modnge.

Saje je nk menyusahkan korang
Quote yuki812 13-12-2019 09:04 PM
yg tudung kaler purple tu ke bdknya..

cuols..tak baik tau. tgk muka nerd..tudung terletak cantik..berkurung litup..isshh takkan lari ikut jantan kot...pitenah ni..masuk api neraka kang..huhuhu.
makcik2 bawang ckp..yg seksi meksi jerr lari ikut jantan...
Quote Kurex 13-12-2019 09:14 PM
sekngucing replied at 13-12-2019 08:52 PM
avatar hang tu ahli parlimen gombak yg khalwat tu ke



hoiiiiii
tu gambar aku sendiri...
sampai hati kau ni..
hahahahaha
Quote sukacactus 13-12-2019 09:26 PM
Dah 25 bkn budak2 lg
Kalau betul nak berlaki, suruh la bf tu masuk meminang
Quote selipar_hijau 13-12-2019 09:27 PM
Dah lega nanti balik la tuh

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.036486 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top