|
Semakin sensasi pula kisah Da???i Farhan dan isteri baru. Terbaru, Isterinya, Dr Erin berkongsi foto menerusi Instagramnya bagi membuktikan pendakwah berkenaan menerima diploma perubatan Islam.
"Demi sebuah mukjizat agung, demi perjuangan dalam perubatan yang terunggul," tulisnya. Bagaimanapun, Gempak kemudian melaporkan Dr Erin telah memadam entri tersebut dan mengemas kini kapsyen baru. "Pendek kata kalau nak belajar real punya perubatan kena kenal asal usul manusia dulu. Kenal diri dulu.
"Agama dah kata semua penyakit ada penawarnya kecuali mati, hebat mukjizat Al-Quran ini bagi orang yang ingin mengetahui, beruntunglah orang yang dah tahu menggunakan mukjizat agung ini," tulisnya dipetik Gempak. Dipercayai, foto itu diambil di Institut Sains Fizik, Seni & Budaya (IPSCA) di Subang, Selangor. Bersungguh-sungguh benar nampaknya Dr Erin mahu memulihkan imej Da'i Farhan yang kini dipandang serong masyarakat. - CARI
|
innocent_me replied at 14-12-2019 11:35 AM
Entah lah farhan. Hidup kau dah jd mcm drama tauladan. Betul2 masuk mulut buaya. Semuanya hilang sek ...
anilanil replied at 14-12-2019 11:37 AM
Ada MQA ke sijil hang tu?
Minami2013 replied at 14-12-2019 11:42 AM
Org ambil diploma kdg mau cecah 2,3 tahun.. ni course diploma ape dpt sekejap je
claudya replied at 14-12-2019 11:39 AM
ape lagi la dedua ni nak pung pang. kes dr palsu pun tak berjawab lagi. adoii
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:42 AM GMT+8 , Processed in 1.861091 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.