Bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Taman Pasir Pinji, Ipoh, kelmarin. Memetik Berita Harian, mangsa tersembam dalam bakul sampah selepas terjatuh dari katil dan kejadian itu hanya disedari pengasuhnya, 24, pada jam 6.15 petang.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan daripada pihak pengurusan sebuah hospital swasta berhubung kematian bayi itu jam 8 malam hari kejadian. Siasatan awal mendapati mangsa dihantar bapanya untuk dijaga dua pengasuh berusia 45 dan 24 tahun sejak bayi itu berusia 30 hari. “Kedua-dua pengasuh wanita itu tidak mengenali siapa ibu bayi berkenaan dan bapanya hanya melawat mangsa sebanyak empat kali sebulan. “Pengasuhnya yang berusia 45 tahun bekerja pada hari kejadian dan sepanjang dia bekerja, bayi berkenaan dijaga anak perempuannya yang berusia 24 tahun,” katanya.
Tambahnya, pada hari kejadian hanya pengasuh terbabit berada di rumah dan dia menidurkan mangsa yang baru pandai merangkak di atas katil dalam bilik dan meletakkan bantal sebagai penghalang. “Bayi itu ditinggalkan tidur di atas katil dengan dikelilingi bantal tinggi pada jam 5 petang dan 30 minit kemudian pengasuhnya ada menjenguk di bilik dan dapati mangsa masih tidur dalam keadaan baik. “Pada jam 6.15 petang, pengasuhnya sekali lagi meninjau keadaan bayi itu dan mendapati mangsa jatuh dalam keadaan tertonggeng dan kepalanya berada di dalam tong sampah yang berada di tepi katil. Tiada sebarang bunyi atau tangisan didengari sebelum kejadian berlaku. “Bayi itu tertonggeng masuk ke dalam tong sampah dan darah terkumpul di paru-paru menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi,” katanya. A Asmadi berkata, pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan penderaan atau elemen kecederaan lain. Pengasuh terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. - CARI
|
9
Bagus |
10
Marah |
9
Terkejut |
15
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
harubom replied at 16-12-2019 12:10 PM
Allahuakhbar. Tp kenapa diorang tggl anak dkt pengasuh tu terus??I mean tgk 4 kali je sebulan??? Ma ...
Artemesiaa replied at 16-12-2019 12:17 PM
Ada je jenis macam tu anak macam tinggal dengan pengasuh sesekali je mak pak datang jenguk bukan h ...
palmolive replied at 16-12-2019 12:19 PM
yup, selalu cina ada servis cmni...
Artemesiaa: Ada je jenis macam tu anak macam tinggal dengan pengasuh sesekali je mak pak datang jenguk bukan hantar dan ambik anak hari2. Selalunya chinese famil ...
ADVERTISEMENT