Nadya Syahera menyesal buat rawatan sulam bedak pada kulit wajahnya! Pada mulanya, pelakon ini menyangka wajahnya akan bertambah lebih cantik selepas membuat rawatan itu, rupa-rupanya sebaliknya pula yang terjadi!
"Alkisahnya sebelum raya haji, saya tengok orang buat sulam bedak sana sini dan saya ingatkan boleh cepat cun lah. Macam bangun pagi, muka dah cantik. "Tanpa banyak tanya, saya pun masuk ke dalam bilik untuk buat rawatan. Proses itu dalam 10 minit," tulis Nadya melalui Instagram.
Hasilnya? Kulit Nadya berubah menjadi kusam. Tak cukup dengan itu, berjerawat lagi! Saya sangka muka sudah cantik putih macam gadis Korea, tapi malangnya tidak!
"Sumpah, saya keluar dari spa itu muka saya kusam! Tapi saya bersangka baik lagi, mungkin esok cantik. "Tapi, tidak! Berterusan dengan kulit kusam dan bermulalah episod naik jerawat. "Selepas beberapa bulan, saya rasa kecewa dengan kulit saya sampai di set penggambaran pun jurusolek artis bising muka jadi teruk," tambahnya. Dalam masa sama, Nadya sempat memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat rawatan wajah yang pelik-pelik. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|