|
Dek kerana terperangkap dalam banjir, soerang lelaki terpaksa 'berkurung' dalam kenderaannya dalam satu kejadian di Jalan Kota Tinggi-Mersing awal hari ini.
Namun, dia akhirnya berjaya diselamatkan pihak bomba selepas terperangkap selama dua jam di situ. Mangsa, Lor We Keong, 43 dikatakan sedang memandu ke arah Mersing dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger dalam kejadian 5 pagi itu. Namun, ketika tiba di kawasan kejadian, kenderaan dipandu Lor dilaporkan tidak dapat melepasi air yang sedalam 2.1 meter hingga 2.4 meter itu, Bernama melaporkan. “Pihak bomba yang berjaya menyelamatkan mangsa pada pukul 7.30 pagi telah menggunakan bot Amphibious untuk melakukan operasi (penyelamatan).
“Operasi pula melibatkan lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Negeri Johor,” kata Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Johor, Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed. Mangsa kemudiannya dibawa pulang oleh ahli keluarganya. - CARI
|
Carcosa replied at 17-12-2019 12:48 AM
Padan muka ko apek!
Meols perasan, yg bwk 4x4 ni kdg2 ingat dia king of road. Mentang2 lah bagak. B ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.084756 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.