Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kini mempunyai pembantu peribadi baru (PA) yang memperkenalkan dirinya sebagai 'Nur'. Video mengenainya dimuatnaik di laman instagram Aliff. "Kenapa isteri abang macam tak senang dengan PA yang baru ni" tulis Aliff dalam entrinya itu.
Dalam video itu, memang Datin Nur Shahida Mohd Rashid kelihatan seperti tidak gembira dan bersikap acuh tidak acuh bersalam apabila Nur diperkenalkan padanya buat pertama kali. Shahida kemudiannya segera beredar, sebaik bertanya siapa yang bertanggungjawab menemuduganya sebelum mengambil 'Nur' berkhidmat di situ. Wanita berkulit cerah itu berpakaian kasual dengan seluar jean ketat, kemeja dengan jaket semasa diperkenalkan kepada Aliff, isteri serta para pekerja di rumahnya. Namun, dalam rakaman penuh di YouTube TV Terlajak Laris, Aliff menegur cara dan tingkah laku Nur sewaktu berinteraksi dengan isterinya. "Yang kau tergedik-gedik apa hal? Kau kena cakap lembut-lembut, biar bini aku suka. Yang kau tergedik-gedik apa hal di sini," tegas Aliff. Malah Nur turut dinasihatkan oleh pekerja Aliff lain, agar perlu mengambil hati Datin, tidak dibenar memakai seksi dan tahan maki. Selama ini semua PA Aliff Syukri lelaki. Bila ambil perempuan mestila rasa lain kan. Lagipun boleh ke Nur ni kerja dengan Aliff Syukri yang penuh emosi ni? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|