Banyak kemalangan berlaku saban hari disebabkan kecuaian manusia. Namun impak dari tragedi itu memusnahkan kenderaan hatta mengambil nyawa sekalipun. Timbul persoalan apabila banyak kereta yang remuk itu kebanyakannya kereta buatan Malaysia bukannya kereta luar negara. Yang disebutkan pula ialah kualiti kereta dari Perodua sahaja. Mengapa? Ada wajarnya juga dakwaan tersebut kerana banyak kerosakan teruk berlaku pada kereta Myvi dan Axia. Malahan badan kereta itu sendiri agak 'lembut' hinggakan impak remuk tersebut sangat serius dan pastinya juga mengancam nyawa pemandu.
Berlaku pertelagahan dalam kalangan warganet mengenai situasi kereta Perodua ini sendiri. Sementelah kereta Myvi sendiri dikenali dengan kelajuan mengalahkan kereta-kereta yang lebih besar. Bagaimanapun, ianya turut dipersetujui oleh warganet yang pernah mengalami tragedi ini. Antara sedar atau tidak, faktor kenderaan memang antara faktor kecederaan serius apabila berlaku kemalangan. Bagaimanapun, kecuaian manusia tetap berada di tempat teratas. Jadi, anda pakai kereta apa? - CARI |
najib888 replied at 17-12-2019 05:47 PM
Logik bodoh. Bukan sebab tin milo ke apa..
1. Kereta paling ramai Rakyat Malaysia guna.
JohnnySins replied at 17-12-2019 05:53 PM
myvi club ka? wakakakakkakakakaka
najib888 replied at 17-12-2019 08:09 PM
Dak aih.. saya ni mana ada kereta.. ada moto ja.. dulu pakai kia sephia, juai dah..
ADVERTISEMENT