Penyanyi lagenda Noorshila Amin pernah mendedahkan kepada media tentang hubungan dingin di antara dia dengan abang kandung yang berlarutan sejak 20 tahun lalu.
Namun, semuanya telah pulih dan dia telah berdamai dengan abangnya itu pada hari Aidilfitri yang berlangsung baru-baru ini. "Saya sebenarnya dah beri pengajaran supaya kita lebih menghargai hubungan sesama adik-beradik. "Bayangkan saya dan abang sudah bersengketa kira-kira 20 tahun, ketika berselisih semasa majlis pengebumian ahli keluarga pun kami tidak bertegur. Namun, semuanya berakhir pada Aidilfitri baru-baru ini apabila kami saling bermaafan dan melupakan sengketa yang berlaku," katanya kepada wartawan mstar. Noorshila Amin mengakui ego yang tinggi dalam dirinya menjadi punca hubungan dengan abang kandung menjadi renggang. "Dulu saya rasa amat hebat, kaya dan mempunyai segala-galanya. Sampaikan saya pernah berfikir mempunyai kehidupan yang sempurna sehingga tidak memerlukan keluarga kandung sendiri. Namun, apabila ditanya wartawan tentang punca sebenar pergaduhan mereka. Noorshila tidak mahu mendedahkan perkara sebenar untuk menjaga aib keluarga mereka. Semoga semuanya dipermudahkan buat dua beradik ini dan sentiasalah ingat bahwa air yang dicincang tidak akan putus. Hargailah keluarga kita selagi mereka ada di dunia.- CARI
|
mizruncing replied at 19-12-2019 11:01 AM
rasa tak perlu kot reveal psl bnda ni. time live kt GV plak tu. motifffff
biozipstar replied at 19-12-2019 01:43 PM
isk isk isk... x pasal nanti orang korek cerita... bahaya betul
dewi_rina replied at 19-12-2019 04:17 PM
Dia yg citer masa dekat gv, bila tanya gaduh pasal apa taknak bgtau pulak kan
Bak kata che ta.. D ...
dewi_rina replied at 19-12-2019 04:15 PM
Dalam family iols pun ada macam ni, baik belah bapak ke belah mak ke sama je
So bila puak ni ada, p ...
ADVERTISEMENT