Malang nasib bayi berusia tiga bulan di China apabila wajahnya penuh luka akibat digigit tikus selepas minum susu. Lebih mengerikan, sebahagian hidungnya turut 'dimamah' tikus selepas ibu bapanya tidak membersihkan susu yang meleleh pada wajahnya.
Menurut Kunming TV seperti dipetik Asia One, ibu bapa mangsa berkata, mereka meninggalkan bayi itu di dalam biliknya selepas diberi minum susu tanpa mengelap lelehan susu pada mulutnya. Ibu bapa mangsa kemudian bergegas ke bilik anak mereka untuk memeriksa keadaannya apabila dia mula menangis sekitar 10 minit selepas ditinggalkan, namun terkejut apabila mendapati wajah bayi itu dipenuhi luka dan darah. Mereka juga mendapati sebahagian hidungnya 'hilang' digigit tikus hingga menampakkan tulang pada sebelah kanan hidungnya sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Menurut doktor yang merawat mangsa, ia akan mengambil masa lama untuk sembuh kerana luka dialaminya terlalu banyak. Malah, bayi itu terpaksa dipindahkan ke hospital lebih besar kerana kekurangan peralatan untuk merawat kecederaannya yang serius itu. - CARI
|
9
Bagus |
13
Marah |
17
Terkejut |
14
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
berusjamban replied at 17-12-2019 09:14 PM
Mesti beli susu dari australia kan? Kene sumpah dgn mak2 oz lettew
Zack8hunter replied at 18-12-2019 11:07 AM
Kan.. org aussie dok bersungut susu kat pasar raya habis diborong ummah jinjang.. siap buat dokume ...
ADVERTISEMENT