|
Sebelum ini media ada melaporkan tentang lelaki yang sanggup merogol nenek berusia 72 tahun di Tuaran. Terbaru, Harian Metro melaporkan suspek berjaya ditahan di Kiulu, Tuaran pada 11.30 pagi hari ini.
Suspek yang berusia 30 tahun ditahan menerusi Ops Kesan yang dilancarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran. “Suspek mengaku merogol mangsa dan mempunyai dua rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 257 Kanun Keseksaan dan satu kes mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. “Dia kini ditahan di IPD Tuaran untuk siasat lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” kata Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim.
Terdahulu, mangsa membuat laporan polis pada minggu lalu selepas dikatakan dirogol suspek dalam kejadian pada 12 tengah malam. - CARI
|
Perawankota replied at 18-12-2019 03:06 AM
Nafsu x mengena usia

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.055553 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.