Betul yang orang selalu kata, rezeki lepas kahwin itu memang ada. Namun lain pula yang berlaku pada pelakon Nadzmi Adhwa. Nadzmi diuji apabila tidak menerima tawaran berlakon sejak mendirikan rumah tangga lebih tiga bulan lalu.
Menurutnya namanya pernah ditolak sesetengah produksi hanya kerana statusnya sebagai suami. Tambahan pula beliau menolak untuk tidak melakonkan babak bersentuhan demi menjaga hati isterinya, Ardell Aryana. "Memang saya agak terkesan apabila tiada tawaran diterima, tetapi saya tidak boleh terbawa-bawa dengan perasaan. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan bukan hanya menerusi tawaran berlakon. "Secara jujur, saya memang menunggu tawaran berlakon, namun rezeki sudah tidak seperti ketika saya masih bujang. Saya pula lebih mengutamakan kepuasan dan watak yang ditawarkan, manakala soal bayaran jatuh nombor dua.
"Tersentak juga apabila ada penerbit memberitahu, dia tidak mahu ambil saya berlakon hanya kerana sudah berkahwin. Namun, hidup perlu diteruskan," katanya memetik laporan Berita Harian. Tapi itulah, terma rezeki sebenarnya tak tertumpu satu saja, ada orang dikurniakan rezeki bisnes, kerjaya, anak dan sebagainya. Walaupun tiada rezeki tawaran berlakon, rezekinya tetap murah, terutama dalam bidang perniagaan. "Saya seronok berlakon, malah minat itu tidak pernah mati. Begitu juga isteri yang masih berminat meneruskan kerjaya lakonan. "Tetapi, apabila kurang tawaran berlakon, kami perlu mencari peluang lain, termasuk mengusahakan perniagaan. "Bukan mahu mendabik dada, tetapi saya bersyukur masih punya pendapatan lain. Cuma, saya dan isteri masih mahu berlakon untuk berkongsi bakat yang ada," katanya yang mengusahakan pusat laser bulu, Hairy Mary bersama rakan kongsi. Dalam pada itu, Nadzmi bagaimanapun, bersyukur dua filem yang diterajuinya iaitu Anak Perjanjian Syaitan dan terbaru, Busut Bonang mendapat reaksi positif penonton.
|
inspiro92 replied at 18-12-2019 12:35 PM
Hish.berlambak betul tibaiunta dlm industri skrg ni!
wannoorazlina replied at 18-12-2019 04:41 AM
tibai unta tu apa weh?
maafkan makcik yg tertinggal ets
inspiro92 replied at 18-12-2019 12:47 PM
Golongan retis tiada bakat untuk dipertaruhkan ;gelaran keramat ciptaan sis sepitsiput
ADVERTISEMENT