Sudahlah menafikan hak anak untuk menerima suntikan vaksin, dituduhnya pula anak orang lain meninggal dunia kerana menerima suntikan berkenaan. Baru-baru ini, pengguna Twitter berkongsi kisah sedih mengenai golongan anti-vaksin memutar belit fakta dengan mendakwa kematian anak sulungnya yang baru dilahirkan di sebuah hospital swasta di Johor Bahru pada Oktober lalu berpunca akibat suntikan vaksin.
Kisah itu dikongsi Dzurriana atau lebih mesra disapa Yiyin di ruangan komen pada salah satu posting Dr Amalina Che Bakri yang membuat pendedahan mengenai kumpulan anti-vaksin yang aktif di Malaysia. Yiyin terkejut apabila mendapati luahan hatinya di Facebook mengenai pemergian bayinya itu dikongsi kumpulan anti-vaksin kononnya untuk memberi kesedaran mengenai keburukan vaksin. Berkata kepada mStar, luluh hatinya apabila membaca komen-komen negatif yang dilemparkan yang disifatkannya keterlaluan dan tidak menghormati perasaannya. "Dakwaan kononnya anak saya meninggal sebagaimana perkongsian di Facebook kumpulan itu tidak benar sama-sekali. Saya tahu anak saya meninggal sebab apa tapi bukan disebabkan vaksin. "Anak saya meninggal disebabkan pendarahan paru-paru (pulmonary hemorrhage). Tapi bila ada yang bash saya cakap sayalah punca (kematian) sebab bagi anak vaksin memang saya sedihlah. "Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tak ada siapa nak bunuh anak sendiri. Komen-komen mereka amat melampau," katanya. Katanya, walaupun sudah melaporkan artikel palsu itu, namun ia masih dikongsi di laman Facebook berkenaan. - CARI
|
Atata replied at 18-12-2019 04:35 PM
Anti vaksi ni kebanyakannya bukan ada basic sains pun. Padahal time sekolah dulu kalau art stream, s ...
BeskotCekelat replied at 18-12-2019 04:49 PM
Yang terlebih pandai sains pun ada jugak yang anti-vaksin ni. Dulu tv alhijrah ada buat debat pasa ...
chicozinn replied at 18-12-2019 06:39 PM
Sebab tu la jangan terlalu exposekan life ko kat socmed..siap berkarangan kat fb bagai citer pengala ...
ADVERTISEMENT