CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haramkan Saja Apps Pelacuran Di Negara Ini!

18-12-2019 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2262| Komen: 1

Susulan papan iklan berunsurkan pelacuran yang 'terlepas' dinaikkan di ibu kota Kuala Lumpur baru-baru ini, kerajaan digesa untuk mengharamkan semua aplikasi berunsurkan pelacuran itu.


Memetik laporan Harian Metro, Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, aplikasi tersebut memberi impak negatif kepada golongan remaja khususnya. 

Kredit foto: Msn

“Aplikasi seperti ini mensasarkan golongan wanita yang mempunyai rupa untuk menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki yang berpendapatan tinggi.

“Ia sangat berbeza dengan aplikasi sosial yang lain berikutan membabitkan tawaran wang ringgit selain menyelitkan elemen seksual,” katanya. 


Katanya lagi, sugar baby atau sugar daddy bukanlah satu budaya yang diterima di negara ini. 

“Kerajaan perlu melihat perkara ini dengan lebih serius. Di Malaysia ketika ini tiada badan yang mengawal kewujudan aplikasi seperti itu.

“Sudah tiba kita menjadikan China, Singapura dan beberapa negara lain sebagai contoh yang menyekat aplikasi negatif ini ke negara mereka.

“Kita tidak mahu kewujudan aplikasi ini kemudiannya menjadi pusat pelayan pelanggan (GRO) di negara ini,” katanya. 

Terdahulu, tular di media sosial tentang kewujudan papan iklan berunsur lucah dan pelacuran di ibunegara baru-baru ini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 18-12-2019 06:02 PM
Byknya thread pasal ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.176371 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top