CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Berapa Agaknya Dividen Aku Tahun Ni?" Ini Cara Mudah Kira Dividen ASB Anda

20-12-2019 10:14 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 5954| Komen: 17|Original author: PDOT777

Foto: Carian internet

Buat anda yang melabur dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB), mesti anda ingin tahu berapa dividen yang anda akan dapat tahun ini kan? Mudah sahaja. Mari kita lihat.

Memetik kenyataan daripada laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad pada tahun 2018, kadar dividen adalah sebanyak 6.50 sen seunit, manakala kadar bonus adalah sebanyak 0.50 sen seunit.


Pertama sekali, dapatkan Baki Minimum Bulanan (BMB) dari bulan Januari sehingga Disember 2018. Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan di dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan.


1)      Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan.

2)      Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan.

3)      Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus. Misalnya:

 

a.       SITUASI A - Anda melabur sebanyak RM7000 pada Januari 2018, tidak langsung melakukan penambahan atau sebarang pengeluaran dari Januari 2018 sehingga Disember 2018.

 

                               i.            Jika tiada sebarang pengeluaran & penambahan dilakukan untuk setiap bulan, maka BMB untuk setiap bulan                        sudah semestinya RM7000. Tambahkan untuk 12 bulan:

 

RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 + RM7000 = RM 84,000

               

                            ii.            Kemudian, bahagikan dengan 12 untuk Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan

 

RM84,000 / 12 = RM7,000

 

                                iii.            Kemudian, darabkan dengan kadar dividen tahun 2018, iaitu 6.50%

 

RM7,000 X (6.50/100) =  RM455 (DIVIDEN)

 

                             iv.            Kemudian, RM7000 ini didarabkan pula dengan kadar bonus yang ditetapkan iaitu 0.50%.

 

RM7,000 X (0.50/100) = RM35 (BONUS)

 

                                 v.            Agihan Pendapatan anda = DIVIDEN + BONUS

                                                     = RM455 + RM35

                                                     = RM490

 

b.      SITUASI B - Anda membuat pelaburan sebanyak RM7,000 pada Januari 2018, dan anda membuat penambahan sebanyak RM300 setiap bulan sehingga Disember 2018, serta beberapa kali membuat pengeluaran.

 

Bulan

Baki Awal (RM)

Tambahan (RM)

Pengeluaran (RM)

Baki Akhir (RM)

Baki Minimum Bulanan ?????BMB (RM)

Januari

7,000.00

300.00

0.00

7,300.00

7,000.00

Februari

7,300.00

300.00

500.00

7,100.00

7,100.00

Mac

7,100.00

300.00

0.00

7,400.00

7,100.00

April

7,400.00

300.00

0.00

7,700.00

7,400.00

Mei

7,700.00

300.00

200.00

7,800.00

7,700.00

Jun

7,800.00

300.00

0.00

8,100.00

7,800.00

Julai

8,100.00

300.00

400.00

8,000.00

8,000.00

Ogos

8,000.00

300.00

0.00

8,300.00

8,000.00

September

8,300.00

300.00

0.00

8,600.00

8,300.00

Oktober

8,600.00

300.00

0.00

8,900.00

8,600.00

November

8,900.00

300.00

300.00

8,900.00

8,900.00

Disember

8,900.00

300.00

0.00

9,200.00

8,900.00


          i.    Tambahkan semua BMB untuk 12 bulan tersebut.

 

RM7,000 + RM7,100 + RM7,100 + RM7,400 + RM7,700 + RM7,800 + RM8,000 + RM8,000 + RM8,300 + RM8,600 + RM8,900 + RM8,900 = RM94,800


      ii.     Bahagikan dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan

              RM94,800 / 12 = RM7900


     iii.      Darabkan dengan kadar dividen untuk tahun 2018, 6.50%

              RM7900 X (6.50/100) = RM513.50 (DIVIDEN)


     iv.      Darabkan dengan kadar bonus untuk tahun 2018, 0.50%

               RM7900 X (0.50/100) = RM39.50 (BONUS)


     v.       Agihan pendapatan = DIVIDEN + BONUS

                                                       = RM513.50 + RM39.50

                                                       = RM553


Jadi, jumlah agihan pendapatan anda untuk tahun 2018 adalah sebanyak RM553.

 

Mudah bukan? Melaburlah sekarang dengan ASB!!! - CARI 

 

5

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Benjoz

  • zarul427

  • alieyrina


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kroit92 20-12-2019 10:51 PM
  maaatthh
Quote Benjoz 21-12-2019 01:24 PM
Sejak kerajaan babi ni naik harga saham semua jatuh teruk termasuk diveden ASB lagi kau nak suruh aku masuk ASB? What the fuck!!
Quote PDOT777 22-12-2019 12:10 AM
Benjoz replied at 21-12-2019 05:24 AM
Sejak kerajaan babi ni naik harga saham semua jatuh teruk termasuk diveden ASB lagi kau nak suruh ak ...

Sabar bang...mungkin abg tak puas hati dgn kerajaan skrg...takpa saya faham...tpi andai kata abg rasa ASB ni masih relevan utk masa depan abg...abg buat lah ya kputusan abg...sambil tu kita berdoa pada Allah moga Allah permudahkan urusan kita dan bantu kita hadap dgn dugaan ni...
Quote PDOT777 22-12-2019 12:11 AM

Haha takpa bang....saya pun mcm abg gak slow mula2 tu...takpa kita slow2 belajaq nohh
Quote sleepandream 22-12-2019 07:59 PM
bonus tu bukan hanya dikira untuk tempoh simpanan melebihi 10 tahun je ke?
Quote PDOT777 22-12-2019 09:09 PM
sleepandream replied at 22-12-2019 11:59 AM
bonus tu bukan hanya dikira untuk tempoh simpanan melebihi 10 tahun je ke?

Betoi bang...tpi format kiraan untuk bonus dah berubah starting tahun 2017...ada beberapa sumber kt internet yg dapat sahkan benda ni
Quote sleepandream 22-12-2019 10:52 PM
PDOT777 replied at 22-12-2019 09:09 PM
Betoi bang...tpi format kiraan untuk bonus dah berubah starting tahun 2017...ada beberapa sumber k ...

ohhh... baru tahu... thanks for info
Quote PDOT777 23-12-2019 12:14 AM
Beres bossss
Quote che-cikL 23-12-2019 10:32 AM
Sis hanya pasrah shj, xde nak buat kira2 berapa dapat dividend hehe sebab dapat pun dalam 2,3  digits je.

Zaman pakai buku dulu, xde lah gi beratur kat pejabat pos dlm bulan 1 nak print nak tgk brp dapat.

Skrg dh pakai myASNB, lagi mudah kan.
Quote jebatmaspunyer 23-12-2019 12:53 PM
iolls tak faham kenapa orang x habis kata sbb tukar govt lah ASB turun.. Mmg govt skrg performance teruk, tp bleh jamin ke kalau kekal govt BN dulu, ekonomi x teruk? confirm ke kalau PAS memang PRU dulu, ekonomi makin hebat? Reti lah bersyukur... Sekurang-kurangnya adalah jugak dividen..

Doa lah semoga ekonomi makin elok & pmimpin2 skrg diubati kebenakan & kebodohan mereka.. & semoga PRU depan ada pemimpin2 berkaliber y masuk bertanding..
Quote gerbera.memopad 24-12-2019 08:58 AM
jebatmaspunyer replied at 23-12-2019 12:53 PM
iolls tak faham kenapa orang x habis kata sbb tukar govt lah ASB turun.. Mmg govt skrg performance t ...

Aku dah baca post hang dengan seriusnya tapi tergelak pulak kat part "diubati kebenakan & kebodohan" tu
Quote PDOT777 25-12-2019 11:42 AM
jebatmaspunyer replied at 23-12-2019 04:53 AM
iolls tak faham kenapa orang x habis kata sbb tukar govt lah ASB turun.. Mmg govt skrg performance t ...

My respect to you boss
Quote PDOT777 25-12-2019 11:44 AM
che-cikL replied at 23-12-2019 02:32 AM
Sis hanya pasrah shj, xde nak buat kira2 berapa dapat dividend hehe sebab dapat pun dalam 2,3  digit ...

Good job sis...saya sendiri pun baru nk dpt pendedahan dgn benda ni....hari2 dok mmikir cara nk settle smua hutang...dgn hrapan bebas hutang sbelum umur 30
Quote PDOT777 25-12-2019 11:48 AM
mimienaa replied at 24-12-2019 09:11 AM
www.thecuci.com   Wahh penting ni untuk pemegang asb . salah satu cara untuk kita menabung ialah den ...

penting untuk jangka panjang...cuma mungkin ssetengah org nk hasil yang segera so depa tak pndang sgt ASB ni....
Quote limau_lemon 27-12-2019 10:28 AM
kalau nak terminate asb loan , akan kena penalty ke .?
Quote PDOT777 3-1-2020 07:00 AM
limau_lemon replied at 27-12-2019 02:28 AM
kalau nak terminate asb loan , akan kena penalty ke .?

Based on apa yg saya baca sbelum ni, kita kna selesaikan dulu bayaran utk pinjaman kita, baru boleh terminate loan tu...tapi cik cuba cari source yg lebih reliable ya

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.062917 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top