Isu vaksin kembali menjadi pertikaian usai kes polio kembali muncul di negara kita baru-baru ini. Malah lebih menyedihkan apabila golongan ini turut menolak, merendahkan dan memperlekehkan fatwa dari mufti seperti dikongsi di Facebook Amirul Azmeer Asmadi ini. Mufti keluar fatwa sebab nak jaga air muka dan kedudukan Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati Mufti mengeluarkan hukum dan fatwa berdasarkan kepentingan rakyat secara menyeluruh dan bukan bersandarkan keperluan individu semata-mata. Seperti yang disebut oleh kaedah fiqh; "Hukum yang dikeluarkan pemerintah ke atas rakyat perlu mengambil kira maslahat (rakyat yang berada di bawah tanggungannya)." Membimbangkan! Walaupun Mufti sudah memberikan penjelasan panjang lebar dan disokong berpuluh-puluh dalil agama serta hujah, golongan anti-vaksin ini tetap akan kata; "Tak apa, itu sekadar pendapat peribadi dia sahaja. Mufti lain, ada pendapat lain lagi. Kita pilih saja mana yang kita rasa paling tepat." Golongan ini tetap cuba mendahulukan pendapat diri mereka berbanding kata-kata ulama. Fakta-fakta doktor boleh dipusing sesuka hati dan kata-kata ulama boleh ditolak sesuka hati. Hal ini sangat membimbangkan kerana kita bakal terjatuh dalam kelompok 'Ruwaibidah' yang diberi amaran oleh Nabi SAW. Seperti hadis yang diriwayatkan Saidina Abu Hurairah RA: Maksudnya: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibidah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibidah ? maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”. Imam al-Syatibi rahimahullahu ta'ala ketika mensyarahkan mengenai makna "Ruwaibidah" ini di dalam kitabnya al-‘Itisham menyebutkan, makna "Ruwaibidah" ialah "Orang yang bodoh & keji bercakap berkaitan perkara umum sedangkan dia bukan ahli dalam perkara tersebut tetapi masih ingin bercakap mengenainya." [al-‘Itisham, 3:100] Pendebatan berkaitan isu pengambilan vaksin di negara ini wajar dihentikan kerana ia jelas perkara harus dan boleh jatuh hukum wajib apabila melibatkan ketahanan imunisasi tubuh kanak-kanak. Sekiranya mereka tidak hormatkan doktor yang ahli dalam bidang perubatan, tolonglah hormat para ulama dan mufti yang sudah sedia maklum lebih berautoriti (ahli) dalam bidang agama. Apabila kita memilih untuk "menjauhi" vaksin, kita membuka ruang untuk meruntuhkan "herd immunity" dan seterusnya menjemput bencana penyakit. Sumber - FB Amirul Azmeer Asmadi |
meow_tompok replied at 20-12-2019 12:05 PM
you all semua pernah jumpa in real life anti-vaxx?
kalau pernah, apa dorang ckp sampai tak nak vak ...
meow_tompok: you all semua pernah jumpa in real life anti-vaxx? kalau pernah, apa dorang ckp sampai tak nak vaksin anakTerpengaruh dgn Jerry D. Gray kot derang ni
Cookingholic replied at 20-12-2019 12:26 PM
Pernah. Diorg cakap kalau anak dah nak sakit tuh sakit jugakla tak kira vaksin ke tak. Aku terus t ...
ADVERTISEMENT