Bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Ain 'Afini berkongsi beberapa foto anaknya yang jatuh sakit, baru-baru ini. Kesiannya, Muhammad Adam Aysar sakit apa tu sampai masuk hospital? Ain bagaimanapun tidak menjelaskan punca anaknya sakit dan meminta orang ramai mendoakan Adam Aysar cepat sembuh. Intaian di IG PU Abu juga mendapati pendakwah bebas itu turut berkongsi gambar anaknya yang terbaring lemah. "Semoga cepat sembuh my hero," luahnya. Berikutan itu, ramai mendoakan semoga Adam Aysar cepat sembuh. Namun, ramai juga meluahkan rasa kasihan terhadap anaknya yang hidup tanpa bapa di sisi lebih-lebih lagi ketika jatuh sakit. Semoga Adam Aysar cepat sembuh. - CARI
|
ADVERTISEMENT