CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Bagi Komen, Hafreez Adam Dah Tak Nak Ada Kaitan Dengan Zara!

20-12-2019 11:53 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12198| Komen: 24|Original author: Oleh: LilRose

"Sejujurnya saya memang dah tak nak beri komen lagi mengenai dia (Zara)."

Hafreez Adam menegaskan dia sudah tidak mahu dikaitkan lagi dengan bekas tunangnya, Zara Zya.



Kredit foto: IG

Memetik mStar Online, Hafreez, 29, juga enggan mengulas video tular memaparkan perbualan di aplikasi WhatsApp antara aktres berkenaan dengan seorang wanita, baru-baru ini.


Kredit foto: IG

Kredit foto: IG


"Hari yang saya buat keputusan untuk berpisah adalah hari yang saya tidak mahu lagi ada kaitan dengan dia.

"Jadi, saya tidak mahu komen mengenai isu video perbualan itu sebab dia tiada kaitan dengan saya dah. Dia bekas tunang saya dan kami tiada kaitan lagi," katanya kepada mStar.

Katanya, kegagalannya dalam percintaan bersama Zara membuatkan dirinya serik untuk bercinta dengan orang seni. 


Kredit foto: IG

"Soal jodoh ini saya tak boleh nak komen sebab sebelum ini, saya pernah cakap tak nak orang dalam industri tapi akhirnya dengan orang industri juga.

"Sekarang ini, saya hanya berserah saja dan tiada perancangan pun dalam soal itu. Cuma untuk cari pengganti dalam masa terdekat ini, memang tidak la," ujarnya.


Kredit foto: IG

Terdahulu, Zara menepis dakwaan orang ketiga punca ikatan pertunangan yang dibina selama sebulan itu berakhir.

Menerusi kemas kini di Instagramnya, Zara meluahkan rasa syukur atas sokongan keluarga dan rakan di kala dia dilanda pelbagai kontroversi.

"Lately, macam-macam cerita keluar pasal saya. Yalah, saya pon tak boleh control apa yang orang nak cakap pasal saya," tulisnya.



Kes putus tunang masih hangat, datang pula kontroversi lain. Kalau bukan sebab orang ketiga, adakah ini salah satu puncanya mereka putus? Tapi, Zara dah tegaskan dia bukan pencinta sejenis.

Apapun, semoga semuanya selesai cara baik. - CARI
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lobakhijau

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Elanarose

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fliphair8 20-12-2019 12:18 PM
mencapub lagik?
Quote jijilaaa 20-12-2019 12:27 PM
dua2 sendu....
Quote anakura 20-12-2019 12:30 PM
Drama 80 episod. Watak jahat dipuja, watak baik dianiaya.

Bila nk ending ni?

Quote Themilo 20-12-2019 12:32 PM
sedapnya bicep dia ni kan @Kurex
Quote alexandria_iz 20-12-2019 01:06 PM
Tak bole sambung kat thread sedia ada ke?
Quote leezzaliza 20-12-2019 01:21 PM
Dua2 suam2 air suam.. Yg berebut nak buka benang baru pasal diorg nape. Tak bole sambung kat benang yg sedia ada ke
Quote Kurex 20-12-2019 01:22 PM
Themilo replied at 20-12-2019 12:32 PM
sedapnya bicep dia ni kan @Kurex

tu yg iols tido lena tu.. cadang nak baring je, sekali lena terus
Quote anarina 20-12-2019 01:37 PM
Taknak komen tp drop hints after hints, gelabah la lu mamat
Quote mieymiey 20-12-2019 01:39 PM
Pasal tak nak komen, 1 benang.
Pasal dah move on, 1 benang.
Pasal tak kisah berlakon bersama, 1 benang.
Pasal saya professional, 1 benang.
Tahniah la reputz CARI oi!
Quote anony-mous 20-12-2019 01:47 PM
As much as i xsuka si hafreez ni tp i saspek zara ni ada silap besar smpai jantan ni mntk putus. Teringin nk tau apa dia. I saspek org ketiga tp yg jantan ckp bkn
Quote DayangKirana 20-12-2019 04:26 PM
~~~yawnnn~~~
Quote belilies 20-12-2019 05:12 PM
Alamak. Mana nak tengok lagi jelas w/a convie tu? Tak jelaslah!
Quote rukia2 20-12-2019 05:15 PM
anony-mous replied at 20-12-2019 01:47 PM
As much as i xsuka si hafreez ni tp i saspek zara ni ada silap besar smpai jantan ni mntk putus. Ter ...

Tp mamat ni mcm sejenis yg P.O.Y.O
Quote Adm89 20-12-2019 05:22 PM
Reputs pon dah dahla bodo mintak statement gayah ni.
Quote munchkin 20-12-2019 06:54 PM
Dia berdehem pun bukak benang. Hmmm
Quote serimaya 21-12-2019 12:14 AM
rukia2 replied at 20-12-2019 05:15 PM
Tp mamat ni mcm sejenis yg P.O.Y.O

HA ni budak baik la..Mak dia manage rumah anak anak yatim kat Gombak..semua anak anak yatim yg dorang jaga (HA,kakak n mom) semua dorang buat macam anak n adik sendiri.Kalau balik kg time raya semua dorang angkut bawak balik Melaka..Kalau tak silap masa tunang hari tu pun ada budak2 tu bergambar sekali
Quote MimiLalat 21-12-2019 12:18 AM
rukia2 replied at 20-12-2019 05:15 PM
Tp mamat ni mcm sejenis yg P.O.Y.O

S.E.T.U.J.U
Quote boongalalang 21-12-2019 12:22 AM
anony-mous replied at 20-12-2019 01:47 PM
As much as i xsuka si hafreez ni tp i saspek zara ni ada silap besar smpai jantan ni mntk putus. Ter ...

Aku saspek sebab mulut kot? Terlepas cakap ke ape huhu
Quote i_is_kennot 21-12-2019 02:30 AM
Hari hari ada benang deols ni,  bosan wehh

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.104226 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top