“Salam, dah (sudah) makan tengah hari ke? Makan dulu, isi perut barulah jalan sambung kerja. Jangan hantar (makanan) pada saya ye. Selamat tengah hari.”
Itulah mesej yang diterima oleh Huzaifah Aminuddin, 23 yang bekerja sebagai penghantar makanan daripada pelanggannya. Dia yang sepatutnya menghantar makanan itu, sebaliknya dihadiahkan kepadanya sebagai hidangan tengah hari. Memetik laporan Harian Metro, di sepatutnya menghantar makanan itu ke Gombak. Namun, selepas tiba di rumah wanita itu, dia diminta supaya menikmati hidangan tersebut. “Terharu saya apabila jumpa pelanggan seperti ini. Dia hantar mesej semasa tempah (makanan), dan saya sempat membaca separuh mesej itu.
“Saya tidak fikir apa-apa dan hanya mahu hantar (kepadanya) tepat pada waktunya. Dia beritahu jangan hantar makanan itu kepadanya, sebaliknya meminta saya makan. “Saya ucap terima kasih kepada pelanggan itu kerana sedekah pada saya,”katanya. Katanya lagi, ini merupakan kali pertama pelanggan sedekah makanan kepadanya. “Doa saya, mudah-mudahan pelanggan itu dimurahkan rezeki. Ini pertama kali pelanggan sedekah makanan ditempah kepada saya,” katanya. Huzaifah berkongsi hal tersebut di laman Twitter turut mendapat hampir 20 ribu kali ulang kicau. - CARI |
Kurex replied at 20-12-2019 05:26 AM
yelah.. alhamdulillah.. ok.. faham..
tuider.. faham..
saviour_09 replied at 20-12-2019 04:01 PM
kalo modnengade punya thread kompem ada hassanah dah ni
Noraniza_Iblis replied at 20-12-2019 04:06 PM
hahah kan...
semua nk dihasanahkan...
koserrr
ADVERTISEMENT