Seorang wanita ditahan polis selepas memijak kemaluan suaminya hingga pengsan. Memetik Tribun News, Nur Faida, 30, gagal mengawal perasaan marahnya ketika bertengkar dengan suami, Syamsul Arifin, 34, di rumah mereka di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur, 12 Disember lalu.
Menurut jurucakap polis Bripka Isyana Reni Antasari, sebelum kejadian pasangan itu bertengkar mengenai masalah keluarga membabitkan isu kewangan dan krisis orang ketiga. Hasil siasatan awal mendapati pasangan itu dikatakan sering bertengkar. Pada hari kejadian ketika mereka sedang bertengkar, Faida dikatakan memukul dan menolak Syamsul hingga dia tersungkur dan kepalanya terhantuk pada meja. Suspek yang masih tidak berpuas hati bertindak memijak kemaluan mangsa hingga lelaki itu pengsan. Difahamkan, keluarga mangsa membuat laporan polis dan mendakwa Faida melakukan keganasan rumah tangga.
Bagaimanapun, Bripka semalam berkata, mangsa yang dikejarkan ke hospital dilaporkan keadaannya kini sudah stabil. - CARI
|
sarah82 replied at 20-12-2019 02:30 PM
Gilos.. Lps tu kalau dah x berfungsi.. Meroyan suami x layan..
jazaa100 replied at 20-12-2019 02:33 PM
Laki ada skandal.....
jazaa100 replied at 20-12-2019 02:16 PM
Blh guna lagi tak?.....
ADVERTISEMENT