Malang nasib kanak-kanak berusia dua tahun dijadikan 'punching bag' oleh bapa tirinya hingga maut. Tribun News pada Khamis melaporkan, Muhammad Ibrahim Ramadhan disumbat ke dalam guni dan digantung sebelum suspek, Ricky Sitepu, 30, memukulnya persis meninju punching bag.
Lebih malang, jeritan dan tangisan kesakitannya langsung tidak dihiraukan ibu kandungnya. Kematian kanak-kanak malang itu menggemparkan penduduk setempat di sebuah kejiranan di Kabupaten Langkat Sumatera Utara. Perbuatan Ricky terbongkar apabila penduduk mula berasa curiga selepas Muhammad Ibrahim yang mesra disapa sebagai Akil itu tidak kelihatan bermain selama lima hari. Menurut penduduk, mangsa merupakan kanak-kanak yang aktif dan sering bermain bersama kanak-kanak sebayanya. Didorong perasaan curiga, beberapa penduduk berkunjung ke rumah keluarga berkenaan, namun tiga beranak itu tidak ditemui.
Ketika membuat pencarian di sekitar rumah berkenaan, mereka terjumpa gundukan tanah yang mencurigakan serta berbau busuk dan penemuan selipar mangsa di situ menguatkan lagi rasa curiga penduduk mendorong mereka mengorek tanah itu sebelum menemui mayat Akil. Sementara itu, jurucakap polis Teuku Fathir mengesahkan penemuan mayat kanak-kanak terbabit. Katanya, mayat mangsa ditemui di dalam lubang yang digali sedalam setengah meter. Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa dibunuh Ricky yang dikatakan kesal dengan anaknya. Dipercayai, mangsa sering didera suspek seperti dicucuh dengan rokok, dimasukkan ke dalam guni dan digantung di luar rumah. Malangnya, ibu mangsa, 28, tidak sedikitpun mempedulikan anaknya yang menjadi mangsa kekejaman suaminya itu. Malah, dia turut sama membantu suspek menanam mayat mangsa sebelum melarikan diri. Namun, usaha mereka gagal apabila ditahan polis ketika melarikan diri ke Bukit Lawang, Kabupaten Langkat pada tengah malam. Kedua-dua mereka berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun. - CARI
|
Kurex replied at 20-12-2019 06:32 PM
ni ke perangai leluhur yg kononnya maju ke depan?????????
ADVERTISEMENT