Zaman sekarang ini dah tak peliklah kalau bukan golongan remaja sahaja yang bercinta, ramai kanak-kanak dah anggap ini sebagai norma dalam kalangan mereka. Sama juga dengan kisah pelakon cilik yang kian meningkat naik kini iaitu Duerra Mitilda yang berusia sembilan tahun apabila tidak segan langsung untuk berkongsi gambar kekasihnya, Hezriq, 12, di laman Instagram.
Lagi best apabila pasangan ini menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa mereka merestui hubungan tersebut dan juga sentiasa memantau gerak-geri kedua-duanya. Nampak betul restu mereka apabila ada 'highlight' IG Story yang diberi nama 'Restu Parents'! Wow! Pasangan kanak-kanak ini juga tidak lupa untuk meminta pengikut di laman sosial mereka supaya mendoakan hubungan cinta itu berkekalan sehingga selama-lamanya. Mereka juga sering melakukan IG Live bersama dan seronok melayan soalan peminat yang ingin tahu mengenai kisah cinta mereka. Dengar cerita, mak salah seorang daripada kanak-kanak ini pun cemburu apabila melihat 'kemanisan' hubungan pasangan kecil tersebut. Seronoknya anak baru sembilan tahun dah tolong fikirkan pasal jodoh! - CARI
|
7
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
9
Sedih |
6
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT