CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Terlebih Dos Pil Tidur Kerana Tertekan Anak 'Bodoh' Matematik

23-12-2019 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3113| Komen: 16

Seorang lagi ibu di China menghadapi tekanan hebat kerana anaknya lemah dalam mata pelajaran matematik.



Memetik Asia One, wanita di Hubei, China itu dihantar ke hospital selepas dipercayai terlebih dos pil tidur yang diambil dalam keadaan marah.

Menurut media tempatan Chang Jiang Daily News, Xu dan suaminya menghantar anak mereka berusia tujuh tahun itu ke beberapa kelas tambahan.

Manakala, pada waktu malam mereka mengambil alih untuk mengajar anak mereka yang lemah dalam pembelajaran itu.


Gambar hiasan
Kredit foto: Panda Tree

Malangnya, pada 13 Disember lalu, Xu menjadi hilang sabar apabila kanak-kanak itu gagal memahami soalan matematik yang sudah dijelaskan beberapa kali selama lebih setengah jam.


Situasi itu semakin tegang apabila berlaku pertengkaran antara Xu dan suaminya sehingga wanita itu mengambil tindakan drastik dengan menelan tujuh pil tidur untuk menenangkan diri.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian Xu mula berasa pening sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Kredit foto: AsiaOne/Weibo/people.cn

Menurut doktor di situ, ia kali pertama dia melihat pesakit terlebih dos pil tidur kerana tertekan dengan masalah pembelajaran anak. Kebiasaannya, pesakit terlebih dos kerana mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta dan masalah keluarga.

Terlebih dos pil tidur boleh mengakibatkan hipoventilasi hingga membawa maut.  - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diggerr 23-12-2019 01:14 PM
Aduhhhh. Tekanan modern parents
Quote che-cikL 23-12-2019 01:19 PM
Awat rasa cam deja vu berita ni?
Quote sarah82 23-12-2019 01:38 PM
Hari tu mak dpt ala2 serangan jantung sebab nak terangkan pada anak soalan/penyelesaian math.. Ni stress sbb anak x faham math.
Quote Atata 23-12-2019 01:47 PM
Mmg stress ya ajar budak yg bengap maths. Rasa mcm nak tampar2 je, nasib lah anak org. Dia bukan apa, maths ni ayat soalan tu sendiri dah buat budak bingung. Dia takkan direct tnya 13+2 sama dengan berapa. Dia akan pusing pusing pusinggg lepas tolak dari si polan kemudian tambah pada si polan kemudian so polan plk bagi pada si polan lagi satu dan kemudian bla bla bla haaa part itu yg budak susah nak imagine. Budak2 yg otak dia tumpul sbb tak d ajar berfikir dan tak minat membaca buku mmg akan ada masalah dgn Maths sebab dgn membaca buku2 cerita, otak budak akan lg byk berimaginasi, n lagi tajam daya fikir. So mak bapak tlg la paksa n didik anak2 rajin membaca sebab membaca ni mmg ada kaitan secara langsung dgn maths. Kecuali la anak tu mmg genius maths, so tu x pyh nak susah2 pun dah ok
Quote salmon-suki 23-12-2019 01:49 PM
Htr jela anak p art class..xpun amek private tutor ke ajar anak tu..cainis kiasu kan pantang sket..kalau xmampu hire private tutor,htr p tuisyen jah..{:smile
Quote ulamalu 23-12-2019 01:54 PM
Baru umur tujuh tahun pun anaknya, awat stress sgt
Quote Catpaw 23-12-2019 02:03 PM
Budak2 memang la susah sikit nak ajar, asas dia lemah lagi.. baru kenal nombor etc, bukan semua budak ajar sekali terus faham, budak tu baru terkial2 belajar nak hidup...
Quote merrissa 23-12-2019 02:59 PM
kat msia...mak pak tak kisah pon anak dpt teruk math...bangga lagi ada...belajar la dri malaysian k...huuuu
Quote Artemesiaa 23-12-2019 03:03 PM
Mesti jenis takut gagal tak berjaya macam dia tu yang bimbang kalau anak tak pandai
Quote MissLana 23-12-2019 03:11 PM
cina dan nombor berpisah tiada
Quote KIM.K 23-12-2019 03:31 PM
Siaran ulangan ni titi
At least mak dia involved

Ada makcik tu cikgu math tapi takpernah ajar anak sendiri. Bila dah tua2 meroyan anak tak menjadi
Quote Austronesian 23-12-2019 08:32 PM
Lain org lain kepandaian. Bukan semua org kena hebat dlm Math. Yg cipta kereta, tv, komputer dan mcm2 lagi bukannya ada skill math tahap teoritikal physicist mcm Einstein.
Quote JohnnySins 23-12-2019 08:50 PM
mesti yang bowdow matematik tu sepet kan? wakakakkakakakakakakaa
Quote AliyaSophia88 24-12-2019 09:38 PM
Kena ajar pakai gula2 ke. Duit ke. Yg menarik minat budak.
Quote akakmasihvogue 25-12-2019 08:26 AM
Matematik is money...mana mak nyeer tak stress
Quote mialunar 25-12-2019 09:40 AM
merrissa replied at 23-12-2019 02:59 PM
kat msia...mak pak tak kisah pon anak dpt teruk math...bangga lagi ada...belajar la dri malaysian k. ...

Betui... Siap masa dapat result pt3/upsr tanya nape budak dapat result x cemerlang x diraikan.. Hahaha.. Siap belanja makan lagi kalau anak result teruk

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.234941 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top