Ramai yang tidak menyangkan memanaskan lebihan nasi boleh menyebabkan keracunan makanan. Mungkin untuk menjimatkan masa dan juga tidak mahu membazirkan nasi yang berlebih, namun sebenarnya cara ini tidak baik untuk kesihatan sebenarnya.
“Ia bukan kerana pemanasan semula nasi itu tapi cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan,” catat KKMPutrajaya di Twitter. “Nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih empat jam menyebabkan spora yang ada dalam nasi itu aktif semula. Dan ini menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun.” Oleh demikian, cara penyimpnanan makanan haruslah diambil teliti.
Bagi mengelakkan hal tidak diingini berlaku, nasi itu perlu disimpan dalam keadaan tertutup dalam petis sejuk. Hantaran KKM itu mendapat reaksi pelbagai dari kalangan warganet. Ini termasuklah ada yang mempertikaikan kenyataan KKM itu dan meminta bukti santifik terhadap perkara itu. - CARI
|
fliphair8 replied at 23-12-2019 02:35 PM
so kalau letak dlm fridge ok la? pastu panaskan...
timah03 replied at 23-12-2019 03:11 PM
Tapi bila letak dalam fridge...nasi jadi keras and berkerak....bila panaskan,nasi jadi tak sedap s ...
fliphair8 replied at 23-12-2019 03:35 PM
hakak kukus dek....elok nasi gebu2 fluffy camtu...panaskan keras and dry...mak hakak ajor...
timah03 replied at 23-12-2019 05:15 PM
Ohhhhh....kukus ke.....selalu panas dlm rice cooker tu je....tq la kak share info....
ADVERTISEMENT