Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam telah kehilagan rantai leher dan gelang tangan di rumahnya. Dia menyedari kehilangan barangan kemas pemberian suaminya itu sewaktu sedang mengemas bilik pada Ahad lalu.
Menurut Rebecca, barangan kemas itu diletakkan di dalam almari bilik dan jarang sekali digunakan. "Saya sebenarnya tengah sedih sangat-sangat, tapi tak tahu nak cakap macam mana. Saya kehilangan gelang dan rantai. Saya rasa sedih sangat sebab itu adalah hantaran kahwin saya. "Saya memang jarang pakai sebab saya simpan atas almari make up," tulisnya di Instagram Menurutnya lagi, hanya tiga pembantu rumah yang dibenarkan masuk ke dalam bilik itu "Nak dijadikan cerita, tiga pembantu rumah yang dibenarkan masuk ini adalah mereka yang sentiasa mengemas bilik saya. "Saya tak rasa mereka ambil, tapi tak tahulah sebab saya dah puas cari" "Dalam Islam, kalau kita tak nampak kita tak boleh nak menuduh. Tapi, saya ralat sangat dan sedih, rasa nak menangis," katanya. Kalau anda nak tahu, beberapa bulan lepas tudung Rebbeca juga pernah dicuri, namun dia bertindak mendiamkan diri walaupun tahu siapa pencurinya. Semoga Datin menemui semula rantainya yang dicuri itu. - CARI |
ADVERTISEMENT