Nampak condong, bangunan di Jalan Conlay, Kuala Lumpur ini menjadi buah mulut warganet sejak ia tular. Ramai yang berasa risau dan takut kerana menara kediaman tersebut nampak condong dan seakan tidak kukuh.
Namun, sebenarnya ia merupakan reka bentuk bangunan itu dan bukannya menandakan ia bakal runtuh. Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group yang merupakan pemaju projek itu, Jonanne Kua berkata, struktur bangunan itu mempunyai keunikan yang kelihatan condong jika dipandang dari sudut berbeza. “Ia bergantung pada pandangan sudut dan ciri unik binaan itu akan menampakkannya seolah-olah condong.
“Pihak kami sebagai pemaju telah meletakkan asas keselamatan yang kukuh dalam kerja-kerja pembinaannya supaya ia terjamin,” katanya, memetik laporan Bernama. Oleh yang demikian, orang ramai tidak perlu berasa panik mengenai binaan menara tersebut yang dikatakan bakal runtuh. - CARI
|
ADVERTISEMENT