CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Nak Ada Kaitan, Abang Nazrin Putuskan Hubungan Dengan Samirah

24-12-2019 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14546| Komen: 36

Abang kepada Allahyarham Nazrin Hassan memutuskan perhubungan dengan isteri mangsa, Samirah Muzaffar sebaik kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.


Awani melaporkan, Saksi pendakwaan ke-18, Dr Abdul Aziz Hassan, 59, memaklumkan perkara itu kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.


Abdul Aziz
Kredit foto: MalaysiaGazette

“Bila saya dimaklumkan bomba bahawa ada fault play dan siasatan bunuh dibuka. Tindakan saya memutuskan perhubungan dengan Samirah.

“Saya putuskan segala perhubungan dengan Samirah, saya block nombor dia dan WhatsApp. Saya biarkan polis dan bomba buat siasatan, itu reaksi saya.

Saya merasakan bahawa orang yang disyaki iala orang di dalam rumah -- hanya Samirah, dua anaknya dan pembantu rumah,” katanya.



Nazrin
Kredit foto: New Straits Times

Tambahnya, dia menganggap Samirah dan anak-anaknya sebagai suspek utama pembunuhan adiknya.

"Saya tidak mahu ada kaitan dengan suspek pembunuhan adik saya, sejak itu saya tidak menghubungi dia," ujarnya. - CARI
5

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fliphair8 24-12-2019 04:52 PM
kenapa hakak rasa tino ni ngan anak2nyaa akan lepas....poor you nazrin, harap ade pembalasan setimpal
Quote jazaa100 24-12-2019 05:00 PM
fliphair8 replied at 24-12-2019 04:52 PM
kenapa hakak rasa tino ni ngan anak2nyaa akan lepas....poor you nazrin, harap ade pembalasan setimpa ...

Dia buat tai-chi kata tak tau menahu & tuduh org gaji yg dah balik indon tu ek?
Quote noorhairiahma 24-12-2019 05:36 PM
fliphair8 replied at 24-12-2019 04:52 PM
kenapa hakak rasa tino ni ngan anak2nyaa akan lepas....poor you nazrin, harap ade pembalasan setimpa ...

di dunia mungkin terlepas tapi tidak di akhirat, kak.

(statement sedapkan hati. harap2 mereka tak terlepaslah hendaknya).
Quote PintuKayu 24-12-2019 06:00 PM
harap yang bersalah tu dapat balasan kat dunia ni
Quote jeeja07 24-12-2019 09:58 PM
Teringat masa news keluar pasal mati sebab letupan handphone. Laki I membebel remind anak2 jgn tidur and charge phone sebelah. I pulak, mengikut logik, besar mana sgt impact Handphone meletup sampai akibatkan kebakaran dan berlaku kematian. Nak tgk mangsa mati sebelum atau selepas kebakaran, masa post mortem  boleh check paru2. Kalau ada kesan2 inhale asap, makna masih hidup, kalau paru2 bersih, mati dulu baru kena bakar.
Laki I ckp "u watched too much of CSI"
Now, apa yg I suspect mmg betul. Dia kena bunuh and dibakar utk cover up evidence.
Quote BoongaKertas 25-12-2019 02:51 PM
jeeja07 replied at 24-12-2019 01:58 PM
Teringat masa news keluar pasal mati sebab letupan handphone. Laki I membebel remind anak2 jgn tidur ...

Lps kes ni stat kat court, husband chuols ada komen balik tak kes ni? Hehe
Quote BoongaKertas 25-12-2019 02:52 PM
fliphair8 replied at 24-12-2019 08:52 AM
kenapa hakak rasa tino ni ngan anak2nyaa akan lepas....poor you nazrin, harap ade pembalasan setimpa ...

Jujurnya, iols pun merasakan benda yg sama. Tp semoga ada sinar pembelaan utk arwah di dunia.
Quote LadyCarefree 25-12-2019 10:36 PM
jeeja07: Teringat masa news keluar pasal mati sebab letupan handphone. Laki I membebel remind anak2 jgn tidur and charge phone sebelah. I pulak, mengikut logik ...


CSI ke series omputih america based on science paling tidak pon on teori sains. Bukan merepek mcam drama sini.
Quote amyza 25-12-2019 10:42 PM
Harap maid tu munculkan diri, cerita kejadian sebenar.
Quote alinone78 26-12-2019 08:18 AM
apa agaknya yang ada dalam kepala otak mereka anak beranak masa bunuh arwah ni
Quote wirazam 26-12-2019 08:24 AM
jeeja07 replied at 24-12-2019 09:58 PM
Teringat masa news keluar pasal mati sebab letupan handphone. Laki I membebel remind anak2 jgn tidur ...

hebatnya prediction you...x sia2 tgk CSI...ini barulah indirect learning frm TV dramas..
Quote aiva 26-12-2019 10:50 AM
ni sebab harta ker?
Quote salmon-suki 26-12-2019 11:51 AM
LadyCarefree replied at 25-12-2019 10:36 PM
CSI ke series omputih america based on science paling tidak pon on teori sains. Bukan merepek mc ...

Hahahaha..y ni betul..kronologi siasatan pun failed kalau tgk citer mesia nih..sbb ai ada komen kt satu movie ni..last2 kena kecam balik..biaselaa,ayat cliche,sbb xleh terima komen negative drpd penonton..
Quote Ms.Mangga 27-12-2019 04:10 AM
Motif pembunuhan apa yeee?
Quote jeeja07 27-12-2019 06:53 AM
wirazam replied at 26-12-2019 08:24 AM
hebatnya prediction you...x sia2 tgk CSI...ini barulah indirect learning frm TV dramas..

CSI Series tu pun based on true stories kan. Kes Samirah ni, complilation of few series. Ada from CSI,CSI Miami, CSI New York.

1st, kebakaran dan kematian akibat letupan phone.Dlm 1 of the episode, kesnya, saksi ckp dgr bunyi letupan lepas tu terbakar. CSI team tanya, brp kuat bunyi letupan. Dia jwb kuat la juga. Brp lama jarak bunyi letupan dgn api start marak. Saksi jwp, too fast. Ada dgr org jerit minta tolong?. Saksi jwp no. During investigation, mmg jumpa device yg meletup tu. Taklah besar and for sure bukan cell phone. Something electronic juga. CSI team buat stimulation test. Surged the device dgn over power supply, yes, meletup dan ada kebakaran kecil. Tak mengakibatkan kematian. Kalau api merebak ke bantal pun kalau mangsa masih hidup, api besar tu sempat dipadam. Bila autopsy mayat, hehehe.. part paru2 tu. Clean and no trace of carbon from inhaling smoke. CSI team went back to crime scene and found traces of petrol. Buat stimulation device meletup dan terbakar dengan kehadiran petrol, wallaaa mmg betul mcm saksi ckp meletup terus sambar api. Tak dgr org minta tlg sebab dah mati. Then back to autopsy, ada trace racun dlm badan. Kesimpulan, mati diracun, nak hapuskan bukti buat2 mati sebab letupan dan kebakaran. Planning yg tak menjadi. Samalah kes ini.

That's why my 1st reaction handphone meletup sah2 drama tamil. Lepas tu, finding pegawai bomba. Mayat terbaring di katil. Tiada kesan menyelamatkan diri. Keadaan mayat yg terbakar, bahagian yg exposed saja. Bahagian blkg tak terbakar. All these findingkan, kalau i cerita, laki I akan mendengar dgn penuh minat. Tak peleceh I dah. Dia mcm tak sabar2 nak dgr pendedahan selanjutnya.      
Quote batmana 27-12-2019 06:58 AM
Aku rasa samirah ni ada split personaliti ni..
Quote jeeja07 27-12-2019 07:07 AM
Hari ini, Shafee nak establish hubungan tidak baik antara Abang dan Adik. Dari segi pembuktian kes, nampak macam susah nak lawan. Kena putar halim nak cari cara nak lepaskan samirah.
Rasa macam akan terlepas je. Menang atas alasan teknikal. Semoga mendapat keadilan yg sewajarnya.
Quote wirazam 27-12-2019 09:07 AM
jeeja07 replied at 27-12-2019 06:53 AM
CSI Series tu pun based on true stories kan. Kes Samirah ni, complilation of few series. Ada from  ...

bestnya...you should jd IO/CSI malaysia expert nih..ini baru betul2 ada passion nak solvekan problem jenayah
Quote MaryJoK 27-12-2019 09:42 AM
fliphair8 replied at 24-12-2019 04:52 PM
kenapa hakak rasa tino ni ngan anak2nyaa akan lepas....poor you nazrin, harap ade pembalasan setimpa ...

I pun rasa mcm tu.. Daddy kepada tinooo ni bukan kaleng kaleng orangnya..takkan nak biar doter sendiri ke dalam.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.257662 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top