CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keadaan Alam Tiba-tiba Gelap Dan Sunyi - Pegawai Falak Insaf

26-12-2019 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7928| Komen: 58

Nyata kejadian gerhana matahari yang berlaku hari ini menjadi fenomena tersendiri. 

Menurut Pegawai Falak Syarie Jabatan Mufti Sarawak, Ustaz Mohamad Mokarat yang menyaksikan gerhana matahari sebanyak tiga kali, ia sudah cukup menginsafkan. 


Kredit foto: Bernama

"Pengalaman pertama saya melihat sendiri gerhana matahari ialah sewaktu di Kudat, Sabah pada tahun 1995. Masih terbayang dalam ingatan betapa indahnya pemandangan yang amat jarang dilihat serta timbul rasa keinsafan dalam diri.

"Kali kedua saya berpeluang untuk melihat sendiri ialah pada 1998 di Bintulu. Ketika itu berlakunya fenomena Gerhana Matahari Penuh," kata Mohamad, 57 memetik laporan Bernama. 


Pengalaman ketiganya ialah ketika menyaksikan gerhana matahari penuh di Palembang, Indonesia. 

"Sewaktu kejadian itu, keadaan alam tiba-tiba gelap dan sungguh sunyi untuk beberapa minit dan hanya kedengaran kicauan burung.

"Ketika itulah kita dapat rasa bahawa Allah SWT ingin menunjukkan kebesaran-Nya kepada manusia agar sentiasa mengingati kepada yang Maha Pencipta," katanya.

Hari ini negara menyaksikan gerhana matahari Anulus selepas kali terakhir 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor. - CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 26-12-2019 06:32 PM
Tghaei td.. Cahaya mcm berdarah saja..
Quote jazaa100 26-12-2019 06:38 PM
sarah82 replied at 26-12-2019 06:32 PM
Tghaei td.. Cahaya mcm berdarah saja..

Aah...kat tempat akk hujan....bila hujan berhenti,  keadaan tetiba mcm maghrib....akk tak perasan tu gerhana....tapi hati mcm sayu je....

Tetiba jiran balik & dia kata ni gerhana kannn..... barulah akk teringt...
Quote sarah82 26-12-2019 06:41 PM
jazaa100 replied at 26-12-2019 06:38 PM
Aah...kat tempat akk hujan....bila hujan berhenti,  keadaan tetiba mcm maghrib....akk tak perasan  ...

Sini panas.. Tapi cahaya tu lain.. Mcam berdarah.. Rasa pun tak x nak keluar rumah
Quote noor2 26-12-2019 06:44 PM
Tajuk X menahan. ..
Quote KIM.K 26-12-2019 07:04 PM
Dalam rumah gelap tadi
Entah kenapa masa tu terdetik cari hotel mekah kat trivago..terus berniat nak umrah diy
Tapi nak pegi takde mahram..meaning kawin dulu heee
Quote VioletsAre_Blue 26-12-2019 07:19 PM
Dalam rumah gelap, kat tanah terang cahaya matahari.. Atas langit gelap
Quote Skuau 26-12-2019 07:29 PM
26/12/2004 tsunami....26/12/2019 gerhana matahari.
Quote dubuk 26-12-2019 07:49 PM
sempat lah bergelap tadi.. gelap dia bukan biashe biashe.. dia punya pancaran gelap atas tanah tu rasa macam pusingan masa balik ke zaman gelap.. macam zaman  jack the ripper tahun 1888.. zaman zombie kuno.. aku rasa tadi macam ada zombie nak terkeluar dari dalam tanah..
Quote dubuk 26-12-2019 07:52 PM
sarah82 replied at 26-12-2019 06:32 PM
Tghaei td.. Cahaya mcm berdarah saja..

upload gambar

Quote sarah82 26-12-2019 08:27 PM
dubuk replied at 26-12-2019 07:52 PM
upload gambar

Tak snap pun..
Quote sarah82 26-12-2019 08:29 PM
dubuk replied at 26-12-2019 07:49 PM
sempat lah bergelap tadi.. gelap dia bukan biashe biashe.. dia punya pancaran gelap atas tanah tu ra ...

Aku nak keluar beli barang sebenarnya td.. Tapi bila tgk cahaya matahari.. Aku rasa x sedap hati sgt nak keluar rumah
Quote telracs 26-12-2019 08:35 PM
KIM.K replied at 26-12-2019 11:04 AM
Dalam rumah gelap tadi
Entah kenapa masa tu terdetik cari hotel mekah kat trivago..terus berniat na ...

Sekarang ni boleh pergi tanpa mahram..kerajaan saudi izinkan guna visa pelancong kan.
Quote KIM.K 26-12-2019 10:18 PM
telracs replied at 26-12-2019 08:35 PM
Sekarang ni boleh pergi tanpa mahram..kerajaan saudi izinkan guna visa pelancong kan.

Ye ke..iols baca kena apply visa umrah juga nanti lepas visa melancong. Lagipun kena beli visa dengan TA, gomen Saudi tak bagi umrah backpack
Quote alinone78 26-12-2019 10:24 PM
KIM.K replied at 26-12-2019 07:04 PM
Dalam rumah gelap tadi
Entah kenapa masa tu terdetik cari hotel mekah kat trivago..terus berniat na ...

Now guna visa pelancong tak perlukan mahram
Quote Boomibulat 26-12-2019 10:29 PM
jazaa100 replied at 26-12-2019 06:38 PM
Aah...kat tempat akk hujan....bila hujan berhenti,  keadaan tetiba mcm maghrib....akk tak perasan  ...


Ingt hari ini dah terakhir ke?
Quote KIM.K 26-12-2019 10:33 PM
alinone78 replied at 26-12-2019 10:24 PM
Now guna visa pelancong tak perlukan mahram

Tq sis. Appreciate it
Quote palmolive 26-12-2019 10:36 PM
Mendung jek.. Nk dgr suasana sunyi tgh kl ni mustahil la.. Lg pulak burung berkicau.. Perut berkeroncong ada la
Quote nolya 26-12-2019 10:57 PM
KIM.K replied at 26-12-2019 07:04 PM
Dalam rumah gelap tadi
Entah kenapa masa tu terdetik cari hotel mekah kat trivago..terus berniat na ...

Skr ni single ladies dah diperbolehkan pergi umrah tanpa mahram. So kalau dah ada niat dn cukup biaya, pergilah, InsyaAllah akan dpt merasai nikmat yg tak akan dpt digambarkan dgn kata2. Walaupun nikmat yg dirasai, pengalaman dn perasaan seseorang itu tak sama, tapi akan ada kerinduan yg tak terbatas untuk sentiasa mengunjungi Kaabah dan Raudhah. Syaratnya, harus didahului dgn niat yg tulus ikhlas kerana Allah, bukan kerana nak holiday dan atau orang lain mampu, aku pun boleh pergi.
Di Tanah Suci, ummah mencari keredhaan Allah swt di samping kita sebenarnya mencari makna siapa diri kita sendiri di sisiNYA.

Quote clarizsa 26-12-2019 11:47 PM
Mana ada sunyi pun
Anak monyet bising je cm biasa
Anak jiran mcm monyet

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.232324 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top