CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mudahnya Buat Kek Gula Hangus Pakai Periuk Nasi Je, Harus Cuba Ya!

30-12-2019 10:38 AM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 12193| Komen: 26|Original author: Oleh: Green Lantern




Kek gula hangus, kek span atau kek sarang semut adalah sejenis kek yang sama walaupun namanya berbeza. Kek tradisional ini biasanya dimasak orang-orang dahulu dengan menggunakan cara membakar dalam ketuhar pembakar. 

Rasanya memang sangat sedap, tetapi untuk membuatnya memerlukan ketuhar pembakar.

Bagaimanapun, pemuda ini telah menunjukkan cara-cara untuk membuat kek gula hangus hanya dengan cara memasak di dalam periuk nasi. 

Wah! Menarik ni, bertambah mudahlah untuk membuat kek selepas ini.


Kredit foto: FB

Bahan-bahan - FB



Bahan-bahan membuatnya:

- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 1 cawan tepung gandum
- 125 gm butter
- 4 bj telur ayam gred B
- 1/2 tin susu pekat
- 1 camca besar baking soda @ soda bikarbonat ( wajib ) 
- Periuk nasi


Cara membuatnya:


Foto: FB




1&2) Panaskan gula dengan api sederhana sehingga hangus (tapi bukan hangit ya).

3) Bila nampak keperangan, tuangkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Kemudian, perlahankan api sampai gula hangus tadi dan air sebati. 


FB




4) Kemudian, masukkan mentega, kacau dan biarkan seketika. 

5) Masukkan empat biji telur ke dalam mangkuk dan kacau sebati dengan susu pekat. 

6) Masukkan tepung dan baking soda, kacau sebati. 

7) Kemudian, tuangkan air gula hangus tadi ketika masih suam ke dalam adunan sambil kacau sehingga abis.




FB




7) Kemudian, tuangkan air gula hangus tadi ketika masih suam ke dalam adunan sambil kacau sehingga abis.

8) Gris kan periuk nasi, kemudian tuang adunan ke dalam, tudungkan dan tekan butang memasak. 

9) Kek akan masak sendirinya selepas butang masak siap. Boleh juga untuk gunakan pisau mencucuk samada sudah masak atau belum. Jika perlu tambah masa, tekan kembali butang memasak tadi. 


Senang kan? Masak kek dengan periuk nasi pun dah boleh sekarang. Selamat mencuba! - CARI



Kredit: FB Azizi Rais menerusi Masak Apa Hari Ini





39

Bagus
35

Marah
19

Terkejut
15

Sedih
15

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamatz19 30-12-2019 12:35 PM
feveret nie masa kecik2 .. skrg pon kalau balik kg mintak makcik buat kan ...
Quote aarsyad93 30-12-2019 05:20 PM
wajib dicuba. mudah.
Quote i_is_kennot 31-12-2019 01:59 AM
Weekend ni nak cuba
Quote Perawankota 31-12-2019 05:01 AM
OK blh Cuba nih
Quote Mary_jane 31-12-2019 07:01 AM
Sedapnya.
Quote Daisyna 31-12-2019 04:34 PM
wah serbaguna juga eh rice cooker rupanya
Quote tokchik 3-1-2020 05:58 PM
Periuk nasi tok ada fungsi baked

So nk guna yng mana satu

Guna cara masak nasi atau baked
Quote Lengkong 4-1-2020 06:56 PM
Masa kecik2 selalu mak buat kek ni..suka kek yg ada susu



Quote puanbintang 6-1-2020 02:57 PM
wow..boleh guna rice cooker je tapi adoiiii, takut nak cuba..acanenya ni..
Quote hatikudus 17-1-2020 04:38 PM
Klu sempat hakak nak try buat esok
Quote adawiyah_hakim 2-2-2020 08:47 PM
periuk nasi ai tak sama mcm tu, bole guna ke?
Quote KuewTeuwKungFu 15-2-2020 09:37 PM
Kek yang sedap...xreti nak guna rice cooker...reti makan jer
Quote AhaAadil 26-2-2020 08:44 PM
boleh try lps ni..sbb mmg xpnh guna ricecooker..
Quote iznanaziz 28-2-2020 04:08 PM

boleh guna apa2 jenis periuk nasi ke?
Quote iznanaziz 28-2-2020 04:16 PM
adawiyah_hakim replied at 2-2-2020 08:47 PM
periuk nasi ai tak sama mcm tu, bole guna ke?

takut...kena guna periuk yg supa tu je kan?
Quote orkid_lestari 4-3-2020 02:38 PM
sape dh cuba..ok ke pakai rice cooker yg biasa tu ?
Quote hana_rashid 16-5-2020 07:55 AM
orkid_lestari replied at 4-3-2020 02:38 PM
sape dh cuba..ok ke pakai rice cooker yg biasa tu ?

jadi2..rice cooker biasa tu kena tekan ‘cook’ byk kali. Bila dah warm biarkan sekejap pastu tekan cook balik sampai kek masak.kena rajin jenguk kek tu. sy buat dlm 45-60minit. ada kot dlm 10x tekan cook tu.
Quote vofyjiq678 31-7-2020 05:09 PM
Monicalsfeedback Survey – Monical’s Pizza wants your opinion and feedback from your recent visit experience through Monical’s Pizza customer experience survey.

https://guestsurvey.onl/
Quote Gomea 19-9-2020 08:41 PM
Kalau buat kek ni, jangan pkul telur sampai kembang. Kacau pkai garpu je dah,janji telur pecah. Kek ni x boleh rasa lembut macam kek. Dia kena kenyal baru jadi

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.053221 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top