CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Sebagai Ustaz Anda Kena Jaga Penampilan," - Ridhuan Tee Pantang 'Ustaz Segera' Cemar Imej Agama

27-12-2019 10:32 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 5100| Komen: 6|Original author: SakuraJo

Sejak kebelakangan ini terlalu kerap kita disajikan dengan berita berita mengenai sikap pendakwah selebriti kelahiran rancangan realiti televisyen yang sikit sebanyak telah merosakkan imej agama Islam. Pelbagai kontroversi hangat lebih-lebih lagi yang melibatkan isu rumah tangga 'ustaz segera' ini menjadi bualan segenap masyarakat.


Kredit foto : Carian Google

Terbaru, menerusi program bual bicara Analisis terbitan TV AlHijrah, pendakwah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Yee Abdullah meluahkan rasa kecewanya atas sikap ustaz segera yang mencemar nama baik agama itu sendiri. 

"Saya pantang ada ustaz segera cemarkan imej Islam."

"Sesetengah golongan pendakwah tenggelam dalam dunia glamor malah terlibat dalam kontroversi sehingga merosakkan institusi agama sedangkan mereka pembawa imej seorang pendakwah," ujarnya seperti memetik daripada laporan mStar.


Tegas pendakwah itu lagi, golongan pendakwah selebriti ini perlu sedar akan tanggungjawab dan peranan besar mereka sebagai pendidik masyarakat dan bukannya hanyut dalam dunia glamor.

"Kalau betul-betul kita boleh lahirkan ustaz segera dan dia menjadi, dia memang boleh jadi ikutan dan membentuk penonton."

"Tapi yang jadi masalahnya apabila mereka diketengahkan dia tidak dapat jaga diri," jawab Ridhuan Tee apabila membincangkan mengenai tajuk 'Ustaz Segera: Jejas Institusia Ilmu Islam?'.

Kredit foto : FB Analisis TV AlHijrah

Ridhuan Tee juga turut meluahkan rasa kesalnya kerana kes-kes terpencil yang membabitkan segelintir ustaz kelahiran rancangan realiti TV itu akhirnya membawa imej buruk kepada program realiti berunsurkan keagamaan itu sendiri.

"Prestasi mereka selepas menyertai program realiti ini bagi saya agak seimbang kerana ramai yang menjadi pendakwah hebat."

"Ada juga yang tenggelam dan ada juga yang menonjol kerana kontroversi yang dia buat sendiri."

Ridhuan Tee juga sempat menitipkan pesan kepada pendakwah selebriti ini untuk menjaga adab dan penampilan mereka. 

"Sebagai ustaz anda kena jaga penampilan, jangan cerai isteri ketika mengandung.. kalau nak cerai sangat buat diam-diam, jangan hebohkan," tambahnya lagi.


Program bual bicara yang dikendalikan oleh Finaz Yunus itu turut dihadiri oleh penceramah Zulkefli Hamat dan bekas peserta program Pencetus Ummah iaitu, PU Yeop. 

Dalam pada itu, menerusi akaun Facebook Analisis TV AlHijrah, rata-rata ramai bersetuju program realiti berunsur keagamaan perlu diperbaiki lagi bagi mengelakkan perkara yang sama berulang. 

Kredit foto : Fb Analisis TV AlHijrah
Sebenarnya tak salah kalau nak anjurkan program realiti berunsurkan keagamaan seperti itu kerana sedikit sebanyak ianya dapat menarik minat golongan muda untuk mendalami ilmu agama mengikut cara yang lebih santai tapi mendalam. 

Tetapi, sebaiknya biarlah mereka ini diberikan latihan dan didikan yang lebih mendalam lagi selepas selesai program untuk melayakkan mereka memegang 'title' ustaz atau PU, Da'i dan sebagainya. -CARI
4

Bagus

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 27-12-2019 10:52 AM
Baiklah ustaz. Saya setuju
Quote aiva 27-12-2019 11:24 AM
sokong sangat tajuk ni
ilmu tak cukup lagi dah diberi title 'ustaz'
Quote chicozinn 27-12-2019 11:41 AM
aku ada tengok vid2 ustaz RT ni..boleh dikatakan dia ni banyak juga memperjuangkan nasib orang melayu n muslim..lagi2 bab bantah jawi oleh dongong tu
Quote fliphair8 27-12-2019 11:53 AM
Setuju dengan pendapat ustaz...
Quote M5 28-12-2019 05:12 PM
Sibuk betul apek ni isle kehulu kehilir semata nak menafikan asal usul pemakan babi
Quote Sham143 2-3-2020 05:12 AM
Betul Dr..Saya setuju 100%..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.041194 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top