CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Api Sudah Marak Di Depan Pintu Bilik" - Ibu Sedang Pantang Terjun Tingkap Selamatkan Bayi

27-12-2019 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3117| Komen: 17

Demi menyelamatkan nyawa bayi perempuannya yang berusia dua minggu, seorang ibu yang masih berpantang sanggup terjun dari tingkap rumah kira-kira tiga meter.

Difahamkan, dia bertindak sedemikian dalam satu kejadian kebakaran membabitkan 3 kediaman di Kampung Sembulan Baru, Kota Kinabalu malam tadi. 

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian 11.30 malam itu, Nurshafieka Rahim, 23 berkata dia dan bayinya sedang tidur manakala suami tiada di rumah kerana keluar bekerja. 

Kredit foto: Harian Metro

“Saya masuk tidur pada jam 7 malam tapi terbangun kerana terhidu bau asap dan terdengar jeritan kakak mengatakan ada api.

“Saya terkejut tiba-tiba api sudah ada di hadapan pintu bilik dan saya terpaksa keluar dari tingkap bilik sambil memeluk erat bayi sebelum terjun ke arah tong air dan seterusnya melompat terus ke tanah,”  katanya. 


Keadaan terlalu genting menyebabkan dia bertindak terjun ke luar tingkat bagi menyelamatkan diri dan bayinya. 

“Mujur saya dan bayi tidak mengalami kecederaan selepas melompat dari tingkap bilik.

“Cuma bayi saya mungkin sedikit terkejut dan menangis namun semuanya dalam keadaan baik,” katanya. - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 27-12-2019 05:59 PM
Adui..alhamdulillah xde pape
Quote natrahn 27-12-2019 06:01 PM
semoga tak bentan
Quote armin 27-12-2019 07:16 PM
Nasib baik sis.. anything to save the baby
Quote fliphair8 27-12-2019 10:19 PM
Ibu punya willpower...
Quote sehirkedi 27-12-2019 11:05 PM
Dia ibu dan dia juga 'hero'. Tahniah atas keberanian bertarung nyawa untuk selamatkan bayi. Kasih sayang ibu sampai ke syurga.
Quote ~boolean 27-12-2019 11:29 PM
semoga bayi ini membesar baik, menghargai pengorbanan ibunya.

Jangan lagi 15 tahun aku dengan dia larikan diri dari rumah ikut jantan haramjadah,
Quote ikanmasin 27-12-2019 11:44 PM
syukur alhamdulillah dua2 selamat..itulah kekuatan seorang
nak nak selamatkan anak..tak fikir sendiri tu tgh sakit ke apa..
janji anak selamat..
Quote jazaa100 28-12-2019 12:50 AM
~boolean replied at 27-12-2019 11:29 PM
semoga bayi ini membesar baik, menghargai pengorbanan ibunya.

Jangan lagi 15 tahun aku dengan dia ...

Baby tu baru 15hari...kau dah bygkn yg buruk buruk 15thn akn dtg.....

Elok kau jaga baby kau je..jgn sibuk baby org.....
Quote jazaa100 28-12-2019 12:51 AM
Aku baca pu  ngilu.....

Harap luka dalaman semuanya ok...
Quote i_is_kennot 28-12-2019 03:34 AM
Allahu sis,  semoga sis dan baby baik2 aja...
Quote Perawankota 28-12-2019 04:10 PM
Alhamdulillah dorg selamat..
Quote diss69 28-12-2019 08:04 PM
Berita mcm ni pon boleh buat akk sebak.. Demi ank, seorang ibu snggup lakukan apa saje....
Quote chinta89 29-12-2019 08:54 AM
berpantang maut sblm ajal
Quote cikmidorii 29-12-2019 12:46 PM
kuasa emak
Quote pagaruyung 29-12-2019 06:01 PM
Syukur selamat
Quote Cassieopeia 30-12-2019 09:41 AM
alhamdulillah, nasib tak cedera. baru 2 minggu bersalin tu fuhh
Quote biozipstar 18-3-2020 07:24 PM
terkujat baca... walaupun dah lama cite ni... tahniah dik...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.057196 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top