Wak Doyok, 40, terkenal dengan penampilannya yang maskulin dan menjadi idaman para wanita. Namun, sampai sekarang dia masih bujang.
Foto: IG Memetik laporan mstar, Wak Doyok mendedahkan kepada media yang dia tidak terburu-buru dalam soal jodoh atau rumah tangga. Pelakon ini juga katanya dalam proses mencari pasangan yang sesuai dan mengakui ramai wanita mat saleh mahu menjadi pasangan hidupnya. "Buat masa sekarang, saya belum ada calon lagi dan mahu fokus pada perniagaan terlebih dahulu. Tak nak terburu-buru untuk kahwin.
"Ramai juga wanita mat saleh cuba mendekati saya, tapi kita ada batasan. Ibu saya lebih suka wanita melayu cuma mereka tidak minat pada saya." "Saya tidak mencari, tapi kalau jumpa yang okey, jalan saja. Ibu pun ada tolong carikan juga" katanya kepada wartawan mStar Semoga Wak Doyok lekas menemui wanita idamannya kerana usianya pun sudah lanjut. - CARI
|
Ina8895 replied at 28-12-2019 10:57 AM
Maskulin apa jadahnya. Kemetot
ADVERTISEMENT