CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kota Raya Dalam Belantara - Nagara Rimba Nusantara Bakal Pengganti Jakarta

30-12-2019 10:52 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 7921| Komen: 32|Original author: Vanilla Thunder





Menerusi laportal berita Awani.com Ogos lalu, Presiden Indonesia , Joko Widodo telah memutuskan untuk memindahkan pusat pusat pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan berikutan keadaan ibu kota Indonesia sekarang iaitu  Jakarta yang terlampau padat dan cukup terkenal dengan kemacetannya.



Kredit: Straitstime.com


Selain itu, Jakarta seperti kota Venice dan Bangkok sering dilanda masalah banjir dan turut terdedah kepada risiko ditenggelami air sekiranya paras air laut terus meningkat .

Kredit: merdeka.com




Ikuti video berikut untuk melihat betapa serius risiko yang dihadapi kota Jakarta untuk terus lenyap dari muka bumi sekiranya tiada lngkah drastik diambil bagi menanganinya.





Justeru, Presiden Jokowi telah mengarahkan Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Indonesia untuk mencari lokasi yang sesuai buat ibu kota baru Indonesia.

Setelah kajian dibuat, akhirnya Bukit Soeharto yang terletak di Kalimantan Timur  telah dipilih sebagai  ibu kota  Indonesia yang baru memandangkan lokasinya yang  selamat dari ancaman bencana alam dan kaya dengan sumber alam semula jadi seperti air bersih yang  menjadi masalah utama bagi penduduk kota Jakarta.

Jokowi  di lokasi ibu kota baru Jakarta Kredit: Straitstime.com





Dengan adanya ibu kota baru nanti, kota Jakarta akan bertukar status menjadi pusat kewangan manakala Kalimantan Timur pula merupakan pusat pemerintahan seperti mana status Putrajaya dan kota Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, CNBC Indonesia melaporkan  Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Indonesia telah mengumumkan pemenang bagi pertandingan mereka ibu kota negara baru pengganti Jakarta . Reka bentuk yang diumumkan sebagai pemenang itu dinamakan sebagai 'Nagara Rimba Nusantara'.



Kredit: facebook sea.infra





Reka bentuk tersebut dijayakan oleh sekumpulan 10 arkitek dari pelbagai negara seperti Hong Kong,  Singapura serta Malaysia dan berjaya mengalahkan 755 penyertaan lain untuk memenangi hadiah sebanyak 2 billion rupiah (S$194,000).






Pemisahan pusat pemerintahahan dari ibu kota negara  kini semakin giat dijalankan oleh negara-negara di Asia Tenggara selepas kejayaan Malaysia membangunkan Putrajaya termasuklah Filipina yang sedang membangunkan New Clark City.

Kredit:CNBC Indonesia




Menurut penganalisis politik, Prof Madya Dr Hamidin Hamid, berkata pemindahan ibu kota negara ini akan membina satu titik baharu dari segi ekonomi dan kepentingan strategik yang mendatangkan manfaat besar kepada Malaysia khususnya Kepulauan Borneo terutama dari segi ekonomi dan keselamatan. - CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 30-12-2019 10:55 AM
Nagara  ? Kepala kurap lu
Quote tripleid 30-12-2019 11:05 AM
konsep ibu negara baru dlm hutan ni bukanlah idea baru.indon jgn gegatal nak claim.

Brazil dah buat lama dulu ketika ibu negara dipindahkan dari Sao Paolo ke Brasilia pada thn 60an
Quote cmf_shalom 30-12-2019 11:10 AM
tripleid replied at 30-12-2019 11:05 AM
konsep ibu negara baru dlm hutan ni bukanlah idea baru.indon jgn gegatal nak claim.

Brazil dah bu ...

Ko ni potong stim la...

Quote Kurex 30-12-2019 11:20 AM
kalimantan ni la yg selalu buat onar jerebu tu kan?
Quote tripleid 30-12-2019 11:21 AM

inb4 indon masuk claim

@nusaraya

Quote cmf_shalom 30-12-2019 11:26 AM
Edited by cmf_shalom at 30-12-2019 11:27 AM
tripleid replied at 30-12-2019 11:21 AM
inb4 indon masuk claim

@nusaraya

awal sgt ko mcelah...

bagi la lubang idong dia kembang kempis jap..
Quote cmf_shalom 30-12-2019 11:27 AM
Kurex replied at 30-12-2019 11:20 AM
kalimantan ni la yg selalu buat onar jerebu tu kan?

siapa lagi kt planet bumi ...
Quote Asdan 30-12-2019 11:44 AM

tanya sikit, adakah kalimantan sesuai untuk bangunan pencakar langit ?
Quote inspiro92 30-12-2019 11:52 AM
cmf_shalom replied at 30-12-2019 03:26 AM
awal sgt ko mcelah...

bagi la lubang idong dia kembang kempis jap..

bayangkan dia tebang semua hutan tu untuk bangunkan kwsn tu & bakar pokok2 tu.lg teruk asap dia. ironinya, nak buat kota dlm hutan tapi kena musnahkan hutan  unless diorang preserve some rainforest dlm bndr cam KL buat.
Quote card_reader 30-12-2019 11:53 AM
punca nanti migrasi beramai orang dari tanah jawa ke tanah kalimantan.......yg dok ada pon jem teruk
Quote sepiITUindah 30-12-2019 12:00 PM
berparang pulak jawa ngan dayak nanti
Quote Nora_29 30-12-2019 12:09 PM
Tahniah pasukan Presiden Indonesia di atas keputusan pemilihan pusat pentadbiran kerajaan baru di Kalimantan

Untuk makluman, antara sebab mengapa bapak Presiden memilih Kalimantan adalah kerana dahulunya tempat tersebut merupakan salah satu tapak pemerintahan kerajaan purba iaitu Gangga Negara (kalau meolls salah info sila betulkan ek...)

Putrajaya, Dengkil, Sepang, Bangi tu pun dulunya adalah tempat tinggal Orang Asli suku Temuan turun temurun tapi demi pembangunan mereka sanggup berkorban dan berpindah ke lokasi lain.
Quote arman98 30-12-2019 12:18 PM
Nora_29 replied at 30-12-2019 12:09 PM
Tahniah pasukan Presiden Indonesia di atas keputusan pemilihan pusat pentadbiran kerajaan baru di Ka ...

gangga negara bukan kat beruas ker?
Quote Nora_29 30-12-2019 12:29 PM
arman98 replied at 30-12-2019 12:18 PM
gangga negara bukan kat beruas ker?

Iya benar, tapi Kalimantan ada tapak pemerintahan kerajaan lama yang team Presiden beria sangat nak pindahkan pusat pentadbiran ke sana. But nama kerajaan lama di Kalimantan tu namanya Nan Sarunai, boleh rujuk link ini untuk bacaan lanjut

https://tirto.id/jejak-panjang-nan-sarunai-kerajaan-purba-di-kalimantan-cBfD
Quote tripleid 30-12-2019 12:39 PM
#RIPhutanhujanBorneo
Quote minguk 30-12-2019 01:09 PM
habislah orang utan mati
Quote gigahertz 30-12-2019 01:15 PM
tripleid replied at 30-12-2019 03:05 AM
konsep ibu negara baru dlm hutan ni bukanlah idea baru.indon jgn gegatal nak claim.

Brazil dah bu ...

I rasa presiden indonesia ni kaki game C&C . i main game tu juga pentadbiran(command center) dengan supply center i letak berasingan.
Quote gigahertz 30-12-2019 01:16 PM
Asdan replied at 30-12-2019 03:44 AM
tanya sikit, adakah kalimantan sesuai untuk bangunan pencakar langit ?

ada limit rasanya. tapi yang pasti tanah di kalimantan akan naik harga dan tanah di jakarta akan jadi stagnant.
Quote brownstone 30-12-2019 01:26 PM
Tebang hutan untuk bina ibu kota dalam hutan? How irony...

Lagi satu tolong hentikan guna service town planner dari Malaysia atau Singapore...

Better guna American, diorang pakai sistem grid, plot2 tanah jadi efisien untuk diukur, dijual dan dibangunkan macam Manhattan NY dan Chicago...
Bila siap nanti, senang nama jalan diberi ikut arah mata angin, daerah2 tersusun rapi...

Kat Putrajaya Malaysia? Precinct 1 sebelah precinct 2 ke? Belah utara ke selatan? Berselerak dan tak tersusun.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.117867 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top