CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watak Laila Gadis Bimbo Dalam Kampung People, Riena Diana DFKL Tiru Slang Inggeris King Coco

30-12-2019 11:06 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 50031| Komen: 208


Kredit Foto - Instagram Riena Diana

Pelakon Riena atau nama sebenar Nur Qamarina Diana  Zulreal, 22, menjadikan aktres Sharifah Sakinah dan personaliti media sosi@l King Coco sebagai rujukan bagi menjayakan watak gadis 'bimbo' dalam drama Kampung People.

Memetik laporan mStar, Riena  berkata beliau mengamati cara percakapan dan gerak tubuh dua personaliti tersebut menerusi Youtube bagi menjayakan watak Laila dalam drama itu.


"Seminggu sebelum penggambaran, saya buat kajian dahulu mengenai watak gadis bernama Laila itu dan menonton cara percakapan King Coco sebagai rujukan. 

"Saya tengok cara dia bercakap dan slang Inggeris yang digunakan, nak bagi nampak kelainan saya ubah sedikit cara pertuturan itu dengan menambah huruf S di belakang perkataan. 

"Selain itu, saya menonton lakonan Sharifah Sakinah yang kita tahu karakter 'gila-gila' padanya. Selepas tiga hari penggambaran, saya sudah boleh bawa karakter gadis bimbo bercakap slang bahasa Inggeris itu dengan mudah," katanya lagi.


Rina bimbang dengan penerimaan penonton pada peringkat awalnya dan merasa lega dengan maklum balas positif penonton selepas mereka menonton drama tersebut.
 
"Alhamdulillah ramai suka dan saya boleh kata tiada langsung yang mengecam cara pertuturan mat saleh itu, rata-ratanya terhibur dan rasa lucu dengan watak tersebut.

"Sebelum penggambaran, saya bimbang juga jika akan ada yang mengecam tapi rupanya sangkaan saya salah. Penonton suka dan terbawa-bawa dengan slang dan watak bimbo Laila itu," ujarnya.


Malah laman sosi@lnya turut dihujani dengan pelbagai komen pengikut yang mengajuk cara percakapannya sama seperti dalam watak tersebut.

"Kalau baca komen di laman sosi@l, memang ramai pengikut yang menulis dengan slang tersebut, ada juga yang minta saya bercakap macam itu bila sedang live di Instagram.

"Sesekali guna slang begitu bolehlah, tapi kalau suruh cakap macam tu 24 jam rasanya saya pun naik meluat nanti, rasa geram pula kan?

"Apa-apa pun saya tak marah dan anggap watak itu diterima baik penonton dan telah menghiburkan semua," katanya.


Mau tersimpul lidah kalau cakap macam ni 24 jam. Kan Lailers? - CARI 


4

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nuyak 30-12-2019 11:28 AM
memang nampak comel dia berlakon dalam cerita ni..ada talent boleh pergi jauh..
Quote TerataiMelur02 30-12-2019 11:31 AM
Nuyak replied at 30-12-2019 11:28 AM
memang nampak comel dia berlakon dalam cerita ni..ada talent boleh pergi jauh..

Kan.. Harap x buat kontroversi muraheeennn.
I suka tgk dia berlakon berbanding mf..
Quote imransulaiman 30-12-2019 11:37 AM
Muka dia tanpa solek tebal nampak macam baru form 5. Tapi bila dah solek, nampak macam umur 25-28
Quote auza_chiyoko 30-12-2019 11:38 AM
suka dia jugak...walaupun watak dia gedikss nak mmpuih, tp dia xmendatangkan benciks kt aku...aku suka tgk lgi adalahhhs..xmcm kemut or intan najwa...menyampah ious
Quote Nuyak 30-12-2019 11:41 AM
TerataiMelur02 replied at 30-12-2019 11:31 AM
Kan.. Harap x buat kontroversi muraheeennn.
I suka tgk dia berlakon berbanding mf..

better dari mf, watak mf semua lebih kurang sama mcm tak berkembang.. kalau dia ni macam2 watak nampak dia berlakon..
Quote jijilaaa 30-12-2019 11:43 AM
dia ni dlm cite nur jadi dr haja ni kan...ke ak silap..lain nau dlm cite tu lemah lembut jeeee..kat kg people tingotng habis..ni mesti kena tempias kak lina pompom punya giler
Quote Noraniza_Iblis 30-12-2019 11:58 AM
tp serius say..
mmg nmpk try hard n over la.. utk sheols bwk watak tu..
cm kinah..mmg die sediam bimbo kt luar..
so watak yg die bwk dlm tu..
nmpk natural..
Quote supermum 30-12-2019 12:14 PM
Banyak dah drama dia ni berlakon, baru tau nama dia. Mesti Mashaira bangga jadi tempat rujukan drama popular ahahahaha
Quote yukisakura 30-12-2019 12:22 PM
Mula2 episod dia berlakon meluat ja dengar dia cakap macam tu ..lepas depa dah pindah dok kat kampung dah best tengok watak dia berlakon.
Quote Incanto 30-12-2019 12:27 PM
DFKL belakang nama dia tu maksud apa?

aku suka dia dalam KP
Quote mizzmimi 30-12-2019 12:27 PM
broom salars.. tak broom salars..
Quote miss_strangers 30-12-2019 12:32 PM
Masuk sini sebab nak tengok HUN je..hai HUN
Quote whadda 30-12-2019 12:41 PM
ekspresi giler2 macam tak cukup la.. percakapan dah ok tapi kene lebihkan giler2 macam elly mazlein
Quote RumiMenari 30-12-2019 12:42 PM
Dia tak make up lookss ssoo syantekkks..
Quote cmf_premierleag 30-12-2019 12:50 PM
brooms salars tak brooms pun salars
Quote mamaneesa 30-12-2019 12:52 PM
mula2 rimas gak dgr dia duk slang2 tu, tp dh kat kg tu syok dgr, mmg kelakar
Quote LuvAurora 30-12-2019 12:54 PM
Lailer mmg giler...hensemnya hun
Quote cikatilia 30-12-2019 12:57 PM
comel je laila

ensem jakfer
Quote Alizawati82 30-12-2019 01:42 PM
Diorg xmekap gomak pon kan bagus tol.. Baru real org kg...

Lihat semua komen(208)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.049373 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top