Anggota polis ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala ketika bertugas di Sungai Buah, Dengkil, jam 3.55 pagi semalam. Berita Harian melaporkan, mangsa dipercayai tertembak diri sendiri ketika melaksanakan tugas sekatan jalan raya.
Dalam kejadian, anggota berusia 26 tahun dikatakan berada kira-kira 50 meter dari kawasan sekatan jalan raya dilakukan. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan, Md Noor Aehwan Mohammad, terdapat kesan luka masuk ke sebelah kanan atas telinga mangsa dan satu kesan luka tembakan keluar di atas telinga kiri mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian jam 4.35 pagi sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. "Hasil bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat kesan luka tembakan masuk di sisi kanan menembusi tengkorak sebelah kiri belakang kepala mangsa," katanya.
Mangsa yang berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia sejak lima tahun lalu meninggalkan seorang isteri dan seorang anak. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - CARI
|
13
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nutnet replied at 30-12-2019 12:10 AM
Left handed ke right handed. Shot range dekat ke jauh. Agak kepelikang di situ sape purposely nak le ...
ADVERTISEMENT