CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Karma!" - Lelaki Suspek Ragut Maut Selepas Terperosok Bawah Kereta Mangsa

30-12-2019 04:49 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 10590| Komen: 76|Original author: Tukang Tulis

Suspek terperosok di bawah kereta yang dipandu mangsa. Kredit foto: Facebook Pekan Meru, Klang

Cubaan seorang lelaki untuk melarikan diri setelah melakukan jenayah ragut berakhir dengan maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dan dia terperosok di bawah kereta yang dipandu mangsanya.

Memetik laporan Sinar Harian Online, kejadian itu berlaku di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri, Puchong kira-kira pukul 6.24 petang pada 29 Disember.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, suspek dipercayai meragut rantai emas daripada seorang lelaki yang ingin memasuki keretanya.

Mangsa menunjukkan rantai emas miliknya yang diragut suspek. Kredit foto: Facebook Unit Peronda Klang Utama - UPKU

Suspek kemudian dipercayai menunggang motosikal secara melawan arus dan berhenti secara mengejut di tepi jalan.

Walau bagaimanapun, mangsa yang berumur 44 tahun tidak sempat memberhentikan kereta yang dipandunya lantas melanggar motosikal suspek dan mengakibatkan dia terjatuh.

Suspek yang cedera parah dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.52 petang.

"Polis yang menjalankan siasatan kes itu turut menjumpai rantai yang diragut suspek terbabit," jelas Ismadi.

Suspek terbaring di atas jalan sebelum dibawa ke Hospital Serdang. Kredit foto: Facebook Unit Peronda Klang Utama - UPKU
Berdasarkan semakan rekod jenayah lampau, polis turut mendapati suspek pernah terlibat dalam tiga kes dadah, dua kes samun dan satu kes Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).

"Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Dalam kes ini, nampaknya jenayah memang membawa padah sehingga menyebabkan kematian suspek yang terlibat. - CARI
5

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GuaSayangMelaka 30-12-2019 02:27 PM
berita lain tetang PERAGUT MAMPUS
Snatch thief killed, accomplice hurt in botched attempt to steal necklace



https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/12/26/snatch-thief-killed-accomplice-hurt-in-botched-attempt-to-steal-necklace#cxrecs_s



Quote AbukRokok 30-12-2019 02:43 PM
kne tngkap...membunuh dengan niat
Quote Boomibulat 30-12-2019 02:46 PM
AbukRokok replied at 30-12-2019 02:43 PM
kne tngkap...membunuh dengan niat

tak sengaja katanya..walau nmpk mcm sengaja

LELAKI yang baru sahaja meragut rantai emas milik seorang lelaki menemui ajal selepas dia dirempuh kereta dinaiki mangsa di Bandar Puteri Puchong, Serdang, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 6.24 petang ketika mangsa yang berusia 44 tahun ingin menaiki kereta miliknya.

“Mangsa didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15zr yang bertindak merentap rantai emas dipakai mangsa sebelum melarikan diri.

“Bagaimanapun mangsa kemudian terserempak dengan suspek yang menunggang motosikal secara melawan arus di Jalan Puteri 5/5,” katanya.
Ismadi berkata, suspek secara tiba-tiba berhenti mengejut di tengah jalan sebelum dirempuh kereta dinaiki mangsa yang gagal mengelak.

“Rempuhan berkenaan menyebabkan suspek terjatuh dan terperosok di bawah kereta dan parah.
“Suspek kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia pada 7.52 malam. Rantai yang diragut suspek ditemui bersamanya,” katanya.

Katanya, semakan rekod lampau terhadap suspek mendapati suspek mempunyai enam rekod berkaitan dadah dan samun.
“Mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan menyeluruh yang adil dan saksama mengikut undang-undang akan dijalankan,”
Quote gujiwa 30-12-2019 02:48 PM
dekat umah iols pun last week.. meragut gak.. kena hentam seorang mati..
Quote sharlenetexas 30-12-2019 02:48 PM
Kurang seorang penjenayah.
Quote Supersirap 30-12-2019 02:51 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote AbukRokok 30-12-2019 03:15 PM
Boomibulat replied at 30-12-2019 02:46 PM
tak sengaja katanya..walau nmpk mcm sengaja
LELAKI yang baru sahaja meragut rantai emas milik seo ...

langgar bukan lite lite ye





Quote noor2 30-12-2019 03:22 PM
Padan muka peragut
Quote Kurex 30-12-2019 03:27 PM
kalau meragut & mencuri tu berdosa, kalau  yang pukul pencuri sampai mati tu, tak berdosa jugak ke?
ni soalan iols.. takde kena mengena dengan asdan, si pari2 ikan
Quote Boomibulat 30-12-2019 03:33 PM
AbukRokok replied at 30-12-2019 03:15 PM
langgar bukan lite lite ye

ganasnya..bangsa ape tu yer..?
Quote epal21 30-12-2019 03:34 PM
AbukRokok replied at 30-12-2019 07:15 AM
langgar bukan lite lite ye


Wow. Sampai terperosok. Rantai tu dah jadi berhantu pulak.
Quote shernazz 30-12-2019 03:37 PM
AbukRokok replied at 30-12-2019 03:15 PM
langgar bukan lite lite ye

Cash lah
Iols harap uncle tu.terlepas la
Biar.semua peragut boleh kita langgar kasi mati...kikiki...
Kurang sikit penagih.penagih.yang meragut ni
Quote AbukRokok 30-12-2019 03:39 PM
Kurex replied at 30-12-2019 03:27 PM
kalau meragut & mencuri tu berdosa, kalau  yang pukul pencuri sampai mati tu, tak berdosa jugak ke?
...

yg penting nawaitu
Quote arm_band 30-12-2019 03:52 PM
good riddance
Quote GuaSayangMelaka 30-12-2019 04:01 PM
elok mampus ....

ghamai sgt peragut skrg
Quote ally9970 30-12-2019 04:02 PM
Tikam perompak bersenjata yg masuk rumah pun kena charge membunuh...ini kan pulak langgar peragut sampai mati
Quote RED 666 30-12-2019 04:06 PM
padan muka mampus, kurang sikit org jahat, duit cukai pun leh jimat dr tanggung lahanat ni kat lokap
Quote DayangKirana 30-12-2019 04:09 PM
ouchhh..sampai terlipat kaki gitu..
mati dalam kehinaan.

well, kurang sorang penjenayah.
Quote any42 30-12-2019 04:12 PM
salah org la si peragut ni dok ragut. mati sia2 je. agaknya mangsa pun adrenaline mmbuak2 geram kna rgut tu yg trus kjar smpai tlnggar pragut.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.088096 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top