CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Tular Lagu Pak Kodi Sitkom JKK, Pak Kodi Memang 'Masuk Air'

31-12-2019 10:55 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 14483| Komen: 30|Original author: Oleh: natrahn

Kredit foto: Berita Harian

Minggu lalu, berakhir sudah sitkom J.K.K Kampung Kalut bagi musim ke-5 dengan tema 'Pak Din Nak Kahwin' selama 13 episod.

Dalam episod terakhir iaitu episod ke-13 itu menyaksikan artis jemputan Zizi Kirana melakonkan watak Wangi dan Sharif Zero sebagai bapa kepada Wangi.


Kredit foto: TV3

Wangi merupakan teman wanita Pak Din, namun hubungan mereka tidak disukai penduduk Kampung Kalut. Dipendekkan cerita, Pak Din dan Wangi akhirnya berkahwin. 

Dalam episod itu, ada satu babak yang memaparkan perkahwinan antara Pak Din dengan Wangi telah membuatkan para penonton ketawa tidak kering gusi.


Babak Pak Kodi menyanyikan lagu 'Selamat Pengantin Baru' buat Pak Din dan Wangi bikin pecah perut:



Untuk rekod, babak itu tidak disiarkan di TV kerana liriknya tidak bersesuaian. Bagaimanapun ia telah tular di sosial media selepas dikongsikan semula oleh Azhan Rani.

Mana tidaknya, Pak Kodi dengan selamba menukar lirik lagu tersebut kepada 'Lahanat Pengantin Baru'.

Lagu tersebut kedengaran agak kasar, tapi ramai yang terhibur. Memang kali ini, mengena sungguh lawak Ropie sampaikan ramai yang berulang kali menontonnya.


Kredit foto: Instagram Azhan Rani

Watak Pak Kodi sememangnya diakui ramai cukup 'masuk air'. Melihatkan telatahnya yang cukup selamba sepanjang musim di J.K.K memang boleh hilang segala stres.

Maklumlah, yang bawa watak itu bukan calang-calang orangnya, pelakon komedi otai Ropie lah katakan. - CARI


Kredit - Cempedak Cheese
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 31-12-2019 11:13 AM
Haha kau lahanat kan je pak din tu ye pak kodi. But jkk cant never be the same without ucop & milah.
Quote awanysss 31-12-2019 11:31 AM
hahahaha ramai gila repost video ni.. pak kodi pak kodi hahaha
Quote buragazz 31-12-2019 11:59 AM
Aku tertengok video tu masa concert Throwbaek malam senin.. masa tu kul 10 malam lepas tu aku tak concentrate dah tgk concert  sebab aku tergelak ngan adik aku terbahak2..

Yang pertama sebab muka Pak Kodi tu memang selambe tanpa ada rasa bersalah dowh
Kedua aku tak tahan tgk Ise tergolek2 ketawa belakang pak kodi
Ketiga tambah pulak Ebby Yus cakap "Kau lahanat kan aku yer"

Aku masa nagkat bantal nak masuk bilik bila habis concert pun ketawa sampai masuk bilik teringat..

Memang jahanam Pak Kodi ni taw...
Quote munchkin 31-12-2019 02:55 PM
Aiyooo
Tak terjangkau akal boleh cari bunyi perkataan sama
Quote mizruncing 31-12-2019 03:08 PM
meols suka ropie ni. lawak brsahaja. hope dia menang retis komedi 1 hari nanti. filem hantu kak limah, MLM, JKKK semua dia tapaw kot
Quote kechikchomel 31-12-2019 03:27 PM
Iolss tgk episode yg dorg nak g umrah tu. Ada azhn rani skali. Ada satu scene tu..ebby yus tgk kertas. Pastu ropi cakap kat dia 'jgn tgk skrip.' di amik pastu letak tempat lain. Tergelak sume kat situ. {:laugh
Quote fliphair8 31-12-2019 03:40 PM
merah padam muka hakak menahan gelak sebab kat opis....budus punya ropie...tak menahan nengok muka ain...terkejut sungguh dia...
Quote duricinta 31-12-2019 05:10 PM
jkkk ni mmg kelakar...tgk muka pak kodi pn dh nk ketawa..
Quote RumiMenari 31-12-2019 05:56 PM
Kenapa kalau nak mencarut je relate dgn negeri melaka.. ape kalau selangor tu berzikir saje ke camne..

Pak kodi mmg perangai la..selamber je dia nyanyi cmtu .. takde takut2.. {:smile
Quote i_is_kennot 1-1-2020 06:54 AM
Issey kt sebelah sampai terbungkangg ketawa.. L'hanat tulll.. Kikikiki
Quote MadameOnion 1-1-2020 01:10 PM
Hahaha ropie mmg lawak..masa cecupak dulu tak menyerlah sgt sbb yg fondan tu selalu nak limelight
Quote Cassieopeia 2-1-2020 10:14 AM
aku tgk klip tu je dah sakit perut gelak.. kene cari full episod ni
Quote Sazida 2-1-2020 08:21 PM
Cassieopeia replied at 2-1-2020 10:14 AM
aku tgk klip tu je dah sakit perut gelak.. kene cari full episod ni

Iols dh tgk full episode kt utube. Takde scene ni. Dah kena potong.
Quote rayray28 2-1-2020 08:25 PM
kechikchomel replied at 31-12-2019 03:27 PM
Iolss tgk episode yg dorg nak g umrah tu. Ada azhn rani skali. Ada satu scene tu..ebby yus tgk kerta ...

Bukan letak dicampak ikut tepi je..baru tau agaknya selama ni dh byk kali dorg buat kan letak skrip cmtu
Quote ikanmasin 2-1-2020 10:45 PM
pak kodi mmg giler lah..selamba dia jer ..isey kat belakang tu
sampai terbongkang terbaring gelak sakan..pak kodi mmg kelakar..
bab muka tu alahai pak kodi2x
Quote sukacactus 2-1-2020 11:06 PM
Pak kodi mmg kelakar
Tu xtgk dia buat roti canai lg...mcm2 cara dia uli tepung tu
Dia kreatif...semua props dia boleh guna utk jd benda lain, tu yg kelakar
Quote unguaurora 3-1-2020 12:04 AM
Iols x suka jkkk ni sbb ketawa audien tu recorded je. Part x brp lawak pun bkn main gelak
Quote silampumeja 3-1-2020 12:26 AM
Sazida replied at 2-1-2020 12:21 PM
Iols dh tgk full episode kt utube. Takde scene ni. Dah kena potong.

Memang takde sbb ayat lahanat tu lah...tak lepas..hahahaha
Quote anastasia7 3-1-2020 02:05 AM
Pak kodi mmg best giler. Ni mmg spontan habis ni. Yg lain pakat gelak. Ada tengok snippet pak kodi jadikan kukur kelapa mcm tongkat. Haha

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.047556 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top