CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"96,000 Kes Gugur Janin, 18,000 Remaja Lahir Anak Luar Nikah" - Apa Dah Jadi Remaja Di Malaysia?

31-12-2019 11:30 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9613| Komen: 47|Original author: Shimmer Shine





Di sebalik kejayaan anak-anak muda yang sering dipaparkan di media masa dan media sosial, ada sisi gelap lain yang sebenarnya semakin parah dan seakan tiada jalan penyelesaian. Masalah remaja menggugurkan janin, lahir luar nikah, pembuangan bayi dan kes HIV meningkat saban tahun.

Statistik yang dikeluarkan oleh Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) menjelaskan segala-galanya, berpuluh ribu kes dilakukan oleh remaja bawah 19 tahun seperti tiada kesudahannya. Mengapa ianya semakin menular?

Fb

Naib Presiden badan bukan kerajaan (NGO) Islam, Profesor Zainur Rashid menjelaskan statistik yang menakutkan itu jelas menggambarkan gejala sosial dalam masyarakat kita semakin parah. Dengan 96,000 kes pengguguran janin dilakukan setiap tahun, pastinya itu yang direkod dan dalam pengetahuan pihak kerajaan, bagaimana pula dengan pengguguran sendiri dan lain-lain semestinya lebih banyak. 

Ianya sudah jelas membuktikan ada kepincangan dalam generasi sekarang.

Blog


Begitu juga dengan kelahiran anak tidak sah taraf, pembuangan bayi dengan purata 100 kes setiap tahun dan kes HIV meningkat kerana hubungan lelaki dengan lelaki juga membuatkan kita semakin pening. Seolah-olah masalah sebegini semakin biasa dan bukan lagi perkara taboo. Ianya turut disokong oleh warganet yang juga pengamal perubatan.

Google
Mengapa ianya terus berlaku? Tidak lain tidak bukan kerana sikap segelintir masyarakat yang menghalalkan budaya 'bercouple' hingga mendorong kepada maksiat yang lebih dasyat.

Penceramah remaja dan pendidikan seks, Akhi Fairus turut memberi pandangan mengenai hal ini.

Baginya, remaja perlu didedahkan dengan pendidikan seks yang sebenar dan menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk menerangkan segala-galanya. Jangan biarkan anak-anak mencari dengan mencuba sendiri, kelak ia lebih parah.

Statistik ini sangat menyeramkan. Angka puluhan ribu sebenarnya mencerminkan masyarakat kita, jadi apa tindakan kita bagi menangani gejalan sosial yang semakin membarah ini? - CARI 


1

Bagus
8

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 31-12-2019 11:45 AM
Tu yg direkod n dlaporkan, bagaimana ngan yg x masuk statistik...

Patah mmg parah , bila pergaulan jantan n betina x dkawal

Budak2 sekolah rendah dh kapel, lagumana?

Kesian la kt bayi2 yg x bsalah, jauhi Zina!
Quote Kurex 31-12-2019 11:56 AM
ada sorang bekas member ni, dia cerita dia tengah buntu.. sebab..

kawan dia tengah mengandung anak dia dgn boipren dia.. dalam berapa bulan kandungan dia. jadi mak kawan dia sampi cari dia semata utk tolong cari doktor yg boleh gugurkan janin..

aku cakap dekat dia "jangan kau tolong, sebab sama la kau tolong orang bunuh.. kau elakkan diri kau dari tolong, sebab dosa pun kau dapat melainkan kau tolong dgn bagi nasihat & doa".

bekas member aku kesian dekat mak kawan tu sebab makcik tu merayu2 suruh tolong gugurkan janin. padahal makcik tu malu anak dia mengandung tanpa kawen..

sudahnya, bekas member aku tolong jugak..
Quote shernazz 31-12-2019 11:57 AM
Iols sembang dgn sepupu husband doc di kk perak dan selangor...
Hiv meningkat..dan punca utama adalah semburit..
Erm....
Kalau ngandung luar nikah x yah cite lah...hoho...
Quote JohnnySins 31-12-2019 12:00 PM
sebab dengaq cakap penduboq2 etis dan penduboq2 lgbtoot la...suh amaikan seks bebaih...wakakakakkakakakakaka
Quote larra89 31-12-2019 12:04 PM
adakah ini di sebabkan oleh mak ayah zaman sekarang yang x ajar anak2 mcm zaman mak bapak kita ajar kita smua. sekarang ni kan smua kena manja yang berlebihan. smua org x leh sentuh anak2 dorang.. adakah ini salah 1 punca
Quote pokaibanktokyo 31-12-2019 12:19 PM
Dianggarkan ?
Quote sepiITUindah 31-12-2019 12:22 PM
malam ni sambut tahun baru....tunggu bulan 9
tambah lagi ler
Quote tagas 31-12-2019 12:27 PM
tgk tumblr dah bleh taw betapa murah nya maruah

dari bbnu sampai ke mak budak

berlumba tayang payudara

petik jari jer boya2 dpt main free
Quote cikatilia 31-12-2019 12:30 PM
jiran iols anak2 daranya masyarakatt,,,
slut sgt sejak sekolah

baru2 kena serbu jabatan agama
kakak adik bawak pakwe

nenek nya kata
kalu ngandung xpe... asal jange isak dadah...
Quote chicozinn 31-12-2019 12:41 PM
hmm..sedih plak baca berita ni..aku yg nak tambah anak ni pun payah tapi deyollss senang2 je lepas main, peknen pastu buang anak..hmmmmmm
Quote MissLana 31-12-2019 12:55 PM
susahnya nak carik lelaki baik jd suami.
Quote CardiGans85 31-12-2019 12:57 PM
Xtau nak ckp ape lg
Quote tagas 31-12-2019 01:11 PM
syok jadik laki

touch n go

pancut tinggal
Quote mamatz19 31-12-2019 03:27 PM
ramai orang kt luar tu nak sgt dpt baby sendiri tapi tak dpt .. huhu
nie senang2 je buang bayi cam gitu je
Quote sensa 31-12-2019 03:56 PM
drama2 kita pun banyak menonjolkan budaya pergaulan bebas lelaki prempuan.
apabila dah bertahun-tahun tengok, akan anggap ini adalah perkara biasa sebab  ramai yg buat
Quote Skuau 31-12-2019 05:19 PM
Dah TERlanjur.
Quote nor_aini.s 31-12-2019 05:22 PM
Teringat pendapat seorang instafamous ni, dia kata abortion should be legalised sbb dia kata, kalau org tu susah ke xmampu ke nk jaga baby, dari dia buang baik dia gugurkan.. Mcm mana lah blh org2 adore dia. Dah tau xmampu xyaj berjimak.. Dah kau berdosa xkn nk add on dosa lg dgn bunuh bdk tu..
Quote Jamil_Abu 31-12-2019 05:27 PM
semudah itu je dorg buat anak... hurrmm
Quote xy_daen 31-12-2019 05:34 PM
Melayu2 kesayangan korang jugak kan... Yang tak boleh dikritik langsung... Yang terhina kehulu kehilir...

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.239452 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top