CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Filem Cats (2019), 'Cat-astrophe' Dianggap Filem Terburuk Hollywood 2019, Mengapa Agaknya?

22-1-2020 12:12 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7146| Komen: 21|Original author: natrahn

Kredit Foto - Google

Barisan nama-nama yang cukup popular tidak semestinya menjanjikan sesebuah filem itu hits pecah panggung mahupun terbaik. 

Filem adaptasi dari pentas muzikal dengan nama sama, CATS nampaknya mendapat kecaman yang teruk oleh warganet di merata-rata pelosok dunia.


Kredit foto: Kaki Muvee  - Jennifer Hudson sebagai Grizabella

Pada peringkat awal, ramai yang menjangkakan filem Cats bakal menjadi filem terbaik pada tahun 2019. 

Ini kerana, Cats menampilkan ramai selebriti-selebriti Hollywood popular antaranya seperti Idris Elba, James Corden, Ian McKellen, Taylor Swift, Rebel Wilson, dan Jennifer Hudson. 


Kredit foto:bestlifeonline.com - Idris Elba Sebagai Macavity dalam Cats

Cats menjadi sebuah filem yang cukup membosankan kerana kurangnya perjalanan cerita walaupun lagu-lagu yang disajikan begitu rancak, enak didengar dan ada yang menyentuh perasaan.


Rata-rata filem ini mendapat kecaman demi kecaman tak berhenti sudah. Sepertinya semua orang meluahkan perasaan bercampur baur dan keliru setelah melihat filem arahan Tom Hooper ini. 


Kredit Foto : Wall Of Celebrities - Tom Hopper

Antara faktor kegagalan ini termasuklah mengenai kesan CGI yang terlalu lemah. Menurut pihak produksi, mereka akui telah menukar beberapa babak di saat akhir termasuklah sehari sebelum tayangan di seluruh dunia. 

Kandungan keseluruhan filem itu tidak berubah, namun beberapa kesan visual dikatakan telah ditambah baik.

Walaupun pihak studio dikatakan telah memperbaiki kesan visualnya, ia masih memberikan pandangan ‘menakutkan’. Kucing berbentuk manusia? Apo?


Kredit foto: indiewire.com

Kredit Foto : Slate

Cats langsung tidak menggambarkan kucing-kucing yang comel, sebaliknya ia memberikan pandangan yang cukup disturbing kepada penonton. 

Bukan sahaja dilabel sebagai filem terburuk 2019, malah Cats turut digugurkan daripada senarai pencalonan “For Your Awards Consideration” sekaligus menjadikannya sebagai salah satu filem muzik terburuk dalam sejarah.


Memetik laporan Astro Awani, walaupun Hooper merupakan pemenang Anugerah Akademi 2010 bagi hasil arahannya menerusi filem "The King's Speech" yang juga memenangi Filem Terbaik tahun tersebut, namun filem Cats yang diadaptasi daripada muzikal Broadway garapan Andrew Lloyd Webber ini hanya menerima rating 19 peratus di Rotten Tomatoes.

Kredit foto: Universal Picture - Jason Derulo Sebagai Rum Rum Tugger

Salah seorang pelakon, Jason Derulo, tidak bersetuju dengan ulasan negatif yang diterima.

"Ulasan tidak penting. Filem itu sendiri merupakan satu hasil seni yang hebat dan berani," kata Derulo kepada portal TMZ.

Teater muzikal ‘Cats’ sebelum ini pernah mencatat sejarah sebagai rancangan paling lama di West End dan Broadway dengan tempoh tayangan selama 21 tahun serta berjaya merangkul Anugerah Muzikal Terbaik di Olivier dan Evening Standard Award. 

Namun nampaknya ia tidak berjaya pula apabila diangkat menjadi filem. Mungkin ia patut dihasilkan dalam bentuk animasi, bukannya live action

Anda sudah menonton Cats The Movie? Apa pendapat anda? - CARI 


Sumber - Kaki Muvee, Astro Awani dan Odisi


4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 22-1-2020 12:26 PM
Aku pun terkejut dapat review teruk. dsbbkan aku penakut kucing dan benci kucing mmg takkan aku tgk. lagu2 je yg boleh layan... memory all alone in the moonlight...
Quote kucingitam 22-1-2020 12:31 PM
CATS dan Andrew Llyod Webber mengingatkan aku siri The Nanny.
Quote Orix 22-1-2020 01:47 PM
iols hampir2 nk tgok sbb minat taytay. tp lepas kena kecam teruk x jd
Quote saviour_09 22-1-2020 02:01 PM
anak aku sukaaa kucing
tapi lepas tengok iklan cats ni kat wayang hari tu
dia tak nak tengok langsung!
takut!
Quote chicozinn 22-1-2020 03:31 PM
sedeyhnye tgok cgi dorang very the hauk yachhh..
Quote Carcosa 22-1-2020 04:51 PM
Jennifer Hudson tu, masa di interview dkt Graham Norton Show, psl movie ni, kemainnn lah dia berlgak. Tak padan dgn hidung kembang sebesar dulang makan. Kemain dia. Padahal dulu gemok. Skrg kurus pun, hidung maintained mcm oink. Judi Dench yg senior tu plk yg lagi humble drpd dia. Kemain itam mcm kaduk naik junjung *vomit*
Quote mrs_salvatore 22-1-2020 05:08 PM
dlm movie ni pun taylor swift yg sekeping tu tetiba bleh ada cup .  mmg hauk tul cgi die
Quote Artemesiaa 22-1-2020 05:50 PM
Walau ada ramai star actor dan actress tapi ada bad review sampai kesudah masih tak menontonya
Quote lasagna 23-1-2020 09:19 AM
ada sorang kwn aku p tgk cite ni kt cinema, xde org wehh..
dia ckp ada 4 org jer tgk masa tu. adooiii.
Quote husna_amal 23-1-2020 10:57 AM
Para pencinta kucing diorang layan ke movie ni?
Quote natrahn 23-1-2020 12:23 PM
lasagna replied at 23-1-2020 09:19 AM
ada sorang kwn aku p tgk cite ni kt cinema, xde org wehh..
dia ckp ada 4 org jer tgk masa tu. adooi ...

kat luar negara pun gitu jugak sambutannya
Quote cicicumel 23-1-2020 12:30 PM
Cats ni citer psl apa sbnrnya? pasal live kucing di lorong2 ke?
Quote natrahn 23-1-2020 12:40 PM
kisah kucing nak masuk syurga kucing...adaptasi dari live musical
Quote lasagna 23-1-2020 01:35 PM
natrahn replied at 23-1-2020 12:23 PM
kat luar negara pun gitu jugak sambutannya

like seriously? pd hal version dolu2 laku jer kan.. apa dah jd lah agaknya. pelakon hebat2. ke ntah marketing tak kencang.
Quote meisapoya 23-1-2020 06:29 PM
Buat versi kartun je la lain kali. Kucing patutnya cute, bukan scary gini...
Quote mizzmimi 23-1-2020 09:32 PM
Ye buat versi kartun je, or kartun 3d or live action yang memang bentuk kucing bukan kucing jadian camni. Badan kucing muka orang. Mimpi ngeri kalo tengok.
Quote berusjamban 24-1-2020 06:56 AM
Rogayah Embong sedunia amat kecewa dgn filem neh
Quote annehuda 24-1-2020 12:24 PM
citer ni mmg mengarut pun sbnrnye. tp peminat teater suke la sbb teater musikal kan. bile masuk movie tu yg jadi lg mengarut
Quote Suchi 29-1-2020 03:08 PM
Sayangnya dhla pelakon2 best

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.124107 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top