Siapa sangka gambar yang diambil secara suka-suka mendapat perhatian syarikat gergasi nombor satu di dunia? Begitulah yang berlaku kepada anak muda ini, Dinie Aiman Sukhaizar,20 seorang penuntut tahun satu di Univeriti Utara Malaysia yang mana gambarnya yang berlatarbelakangkan kawasan paya berumput menawan hati syarikat Apple lalu berkongsi gambar tersebut di akaun Instagramnya yang memiliki 21 juta pengikut! Memetik Astro Awani, lokasi Bukit Nakawan di Kampung Sahabat Perlis itu sangat menarik sekali dan setelah dimuat naik oleh Apple, gambar tersebut mendapat komen dan pujian oleh masyarakat global. Lokasi banjaran bukit yang dikenali sebagai Bukit Nakawan (ada juga menyebutnya sebagai Bukit Cabang atau Bukit Satun).
Sebagai jurugambar amatur, Dinie menjelaskan yang dia menggunakan model I Phone 7 plus sahaja dan bukan terbaru untuk merakam momen tersebut. Kemudiannya ia dimuat naik pada bulan Jun. Tidak semena-mena pada bulan November 2019, dia dihubungi wakil Apple untuk mendapat kebenaran bagi menggunakan gambar tersebut di laman Instagram mereka. Gembira dengan pengiktirafan Apple, Dinie menguatkan azam untuk menceburi bidang fotografi sebagai satu profesio. Ramai yang memuji kreativiti dan ketepatan fotografi Dinie setelah Apple memberi ruang publisiti yang meluas. Namun, ada juga segelintir yang menyatakan gambar itu akan lebih cantik jika menggunakan kamera jenama lain. Tahniah anak muda. Sesungguhnya dunia tanpa sempadan ini memberi pelbagai peluang baru kepada mereka yang bijak merebutnya.- CARI
|
Kurex replied at 31-12-2019 12:15 PM
kurex memang suka sawah, permandangan alam semulajadi..
pittjie replied at 2-1-2020 08:59 AM
tapi tu bukan kat sawah pagi dik kurex. tu paya rumput.
ADVERTISEMENT