CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hantar Anak Ke Sekolah Tamil Tunai Hasrat Mentua

31-12-2019 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7314| Komen: 37

Seorang wanita memilih untuk menghantar anak sulungnya belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bagi memenuhi hasrat ibu mentua.

Memetik Sinar Harian, ibu mentua Nurul Fadznie Ashikin Hairul, 27, mahu cucu-cucunya menguasai pelbagai bahasa.


Hasrat Sharifah Ismail, 60, mendorong Nurul Fadznie dan suami, Alifdin Latif, 28, untuk menghantar anak mereka, Siti Nur Husna Alifdin yang bakal memasuki tahun satu ke SJKT Karak.


Kredit foto: Sinar Harian

"Saya dan suami tidak kisah anak belajar di SJKT kerana anak akan menguasai bahasa lain dan kelebihan komunikasi," katanya.

Sebagai persediaan awal, Nurul Fadzie menghantar Husna ke tadika yang menggunakan bahasa pengantar Tamil.

"Memang di tadika, dia (Husna) satu-satunya pelajar Melayu dan di sekolah kali ini pun situasi sama," katanya.

Malah, anak sulung dari tiga beradik itu gembira dan teruja dapat belajar serta bergaul dengan rakan-rakan berbangsa India di sekolah Tamil.


Katanya, Husna kini mampu berkomunikasi dalam bahasa Tamil walaupun belum fasih sepenuhnya.

"Buat masa ini saya dan suami tidak pernah mendengar kritikan atau kata-kata kurang enak dengan keputusan kami menghantar anak ke sekolah Tamil sebaliknya terima kata-kata positif dan rangsangan daripada ahli keluarga lain serta jiran-jiran," katanya.

Bagi menguasai kemahiran berlainan, pasangan itu merancang untuk menghantar dua lagi anak mereka ke sekolah berbeza sama ada aliran agama atau bahasa selain Tamil dan Cina. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 31-12-2019 12:44 PM
rare habis masuk skola T ni..ke mak mertua tu DKK?
Quote gigahertz 31-12-2019 12:46 PM
chicozinn replied at 31-12-2019 04:44 AM
rare habis masuk skola T ni..ke mak mertua tu DKK?

itu la pasal. Bangsa tamil kat malaysia ni mmg betul betul minoriti. Warga asing lagi ramai daripada mereka.
Quote Jamil_Abu 31-12-2019 12:47 PM
une, rende, mune, nale, anji.

utk je yg bang jamil tau...
Quote potsshine 31-12-2019 12:51 PM
jiran i nikah dgn perempuan india...dlm tempoh berkawin..jiran i tu telah menguasai bahasa tamil sebaiknya...tp mcm senang plak dia belajo..tau2 dh boleh speaking tamil...lps tu belajo lak speaking mandarin...kesimpulan yg i nmpk is environment...dia kerja dgn tokey buah..so sekeliling2 dia org india n cina mmg ramai...mungkin sbb tu kot dia dpt menguasai 2 bahasa tu dgn cepat...
Quote JohnnySins 31-12-2019 12:53 PM
tanya sikit...kalau rindu kampung di India buat apa sibuk datang tanah oghang menyemak? wakakakakakakkakakakaka
Quote Nana_Man 31-12-2019 01:00 PM
Budak india kat tmpt aku ramai yg blajar cina.. kalau ya pun nk blajar language lain, pilih lah yg berguna untk masa depan.
Quote Ferr_Remy 31-12-2019 01:04 PM
Takut nnt da besar, die taste kt bangsa India je.. Huhu
Quote Kurex 31-12-2019 01:21 PM
bahasa tamil yg aku tau, "PUNDEK"
Quote epal21 31-12-2019 01:22 PM
Okay je. Anak kedua hantar sjkc. Anak ketiga hantar Islamic school. Baru meriah.
Quote Zack8hunter 31-12-2019 01:46 PM
its ok.. baru muhibbah..
Quote bobo_beck 31-12-2019 02:10 PM
Quote doubleA 31-12-2019 02:18 PM
Bior dia la anak dia
Quote shernazz 31-12-2019 02:18 PM
Mcmana pembelajaran dia kan...bagus la adek ni..berani..
Quote pokaibanktokyo 31-12-2019 02:41 PM
Kesian anak. Belajar jadi bodoh pemalas kat sekolah tu
Quote Cassieopeia 31-12-2019 03:40 PM
bagus nk belajar bahasa lain..lagi bagus bahasa yg bg benefit for future gitu tapi biarla anak diakan huhu
Quote Perawankota 31-12-2019 03:50 PM
Bagus ni...
Quote lemak_masin 31-12-2019 03:50 PM
eeemmmm... kenapa pilih skolah tamil kak? Macam perkembangan bahasa tu takde ler meluas sgt kat malaysia ni... baik laaa blajo bha cine... nak beli barang pun senang.. kite paham bila deme nak menipu kite..
Quote sehirkedi 31-12-2019 03:52 PM
Nanti adik ni boleh ajar adik beradik dia yg lain bahasa tamil. Jangan bergaduh pastu kau maki yg lain dalam bahasa tamil dah la.. Hehehehe..

Teringat bff kat sekolah dulu. Tetiba termenung dalam kelas. Bila tanya kenapa, dia cakap risau nak ambil peperiksaan bahasa tamil. Dia cakap, kalau komunikasi memang dia pandai. Tapi tulisannya susah.. Dia asyik cakap. Kau doakan aku dapat A yer..
Quote Madel 31-12-2019 04:01 PM

Pilihan yg kureng bijak
Anak2 india pun berlumba2 masuk srjk(c)
Tapi ..ikut suka la
Anak dia kan.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.078370 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top