CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 13 Tahun Meninggal Lepas Melahirkan Anak Bapa

31-12-2019 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10979| Komen: 52

Budak perempuan berusia 13 tahun maut selepas melahirkan anak hasil perlakuan sumbang bapanya.

Menurut Mirror, Luana Ketlan dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit perut sebelum doktor menyedari mangsa hamil tujuh bulan, kata polis di Brazil.


Mangsa yang disahkan menghidap anemia melahirkan bayi lelaki pramatang selepas melalui proses gesaan bersalin (induce).


Kredit foto: Mirror

Bagaimanapun, gadis itu mengalami beberapa komplikasi termasuk tekanan darah rendah, masalah hati kronik dan paru-paru berair sebelum diterbangkan ke hospital pakar di Manaus, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.


Kredit foto: Mirror


Difahamkan, bapanya, Tome Faba, 36, melakukan serangan seksual terhadap Luana sejak empat tahun lalu.

Menurut laporan, polis mengeluarkan waran tangkap terhadap suspek selepas lelaki itu melarikan diri.

Faba ditahan di Coari seminggu kemudian dan didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak dan melakukan pembunuhan.

Ahli keluarga Faba yang tinggal di pinggir Coari terkejut dengan perbuatan lelaki itu dan mendakwa mereka tidak tahu-menahu kesengsaraan dihadapi Luana.


Kredit foto: Mirror

Ketua polis Coari, José Barradas berkata, Luana yang tinggal bersama ibu bapanya di kawasan luar bandar itu dipaksa mengikuti bapanya pergi memancing sebelum dirogol suspek.

Mangsa menyedari dirinya hamil lima bulan selepas mengalami sakit perut, dua bulan lalu.

Ahli keluarganya mula berasa curiga dan mengesyaki mangsa hamil apabila melihat perubahan pada fizikalnya.

Mangsa mendedahkan siapa bapa kepada anak yang dikandungnya selepas dipujuk ibu saudaranya, namun ibu gadis itu enggan mempercayainya.


Kredit foto: Mirror

Tambah Barradas, suspek mengugut akan membunuh mangsa jika dia mengadu kepada sesiapa mengenai perbuatan jijik bapanya itu.

Difahamkan, perkhidmatan sosial masih mempertimbangkan untuk membenarkan anak Luana dipelihara kaluarganya. - CARI
3

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • ziela_cullen

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 31-12-2019 06:36 PM
"ibu tak percaya"..
aku tak paham la betina jenis macam ni..
Quote nenekglamer 31-12-2019 06:45 PM
Klu xsalah baca.. dr umur 9 tahun la kan dikerjakan apaknya?
Quote cmf_premierleag 31-12-2019 06:47 PM
Kurex replied at 31-12-2019 06:36 PM
"ibu tak percaya"..
aku tak paham la betina jenis macam ni..

meleis pun ada agak spesis mcm ni
esp mak mak bodoh yg mengharap duit laki
kalo kene cerai, takde duit lak nanti
udahnya anak jadi mangsa
Quote poison_paradise 31-12-2019 06:56 PM
Lain kali percaya anak..suami tu bkn darah daging
Quote MsKathryn 31-12-2019 07:21 PM
Edited by MsKathryn at 1-1-2020 12:17 PM

What did i just read   celaka pya bapa
Quote honeybee1802 31-12-2019 07:40 PM
Kesiannya budak ni...inilah risikonya kalo pregnant baya bebdk lagik...
Quote ciwelireng 31-12-2019 07:56 PM
satukan dengan bangsa kunyit sudah
Quote Nana_Man 31-12-2019 07:58 PM
Kesian nya dpt bpk mcm tu...RIP girl
Quote any42 31-12-2019 09:03 PM
kecik2 dah berat dugaan bdk ni. kesiannya smpai tgadai nyawa. RIP dik. dsar parents xguna.
Quote i_is_kennot 1-1-2020 04:28 AM
Kesian nya,  baru nak merasa hidup
Quote thetimes 1-1-2020 08:05 AM
RIP..Kesian dekat dia. Terpaksa hadap benda ni sorang2.
Quote Pink_Purple 1-1-2020 09:12 AM
muka bapa tu macam penakut je..
tapi dalam diam merogol anak..
Quote FanTasyCreaTioN 1-1-2020 09:30 AM
RIP little girl.

Bagus lah meninggal dari hidup ...ada mak tak guna dan bapa yang tak layak d panggil bapa.


Quote sukacactus 1-1-2020 09:47 AM
Mak dia xpercaya?
Oiii sedihnya...dah mcm mak si sufi tu
Elok la dia mati
Mak bodo, bapak species babi
Quote sue_liah 1-1-2020 10:08 AM
sian nya budak ni..sayu hati tgk gambar nya

mesti dia menangungg sengsara tiap2 kali dirogol bapanya

bapa tk guna harap mampus
Quote tagas 1-1-2020 10:40 AM
incest

byk jer kat mesia
Quote abangadek 1-1-2020 11:00 AM
kesiannya dia
Quote RatuDunia94 1-1-2020 11:03 AM
Sedihnya..  budak ni deserve utk hidup dgn selamat n tenang.. tp bapa sendiri yg menghancurkan masa hidup budak ni..
Mohon2 Miss2 Brazil advocate this issue utk next Miss Universe and Miss World.
Quote gorjeous 1-1-2020 11:10 AM
Kesiannya… tak dapat di bayangkan penderitaannya..

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.094817 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top