CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Kau Jantan, Kita Berdepan!" - Sharif Zero Bengang Rupa Dihina Macam PATI

2-1-2020 12:05 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 13086| Komen: 74|Original author: Oleh: LilRose

"Tolong saya dapatkan info pemilik Facebook ini. Saya mahu jumpa dia."

Pelawak Sharif Zero terkilan disamakan dengan pendatang asing tanpa izin (Pati).


Malah, menurut mStar Online, Sharif Kadir Doli Sharif atau Sharif bengang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menghina wajahnya dan dua lagi ahli kumpulannya iaitu Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful) dan Sharid Kunal Doli Sharif (Atu).


Kredit foto: IG

Katanya, individu terbabit menggunakan nama palsu sebagai Shah Shah untuk menghina mereka di Facebook.

"Saya tak tahu mengenai perkara itu sehinggalah ada peminat yang hantar screenshot dan berikan kepada saya. Perkara begini adalah sangat sensitif khususnya kami orang-orang Sabah. Benda tengah isu di sana.

"Sampai sekarang saya masih tak berpuas hati dan masih mencari lagi individu di sebalik akaun palsu itu. Kalau tengok dekat wall Facebook, dia ni selalu menghentam orang," ujarnya kepada mStar.



Kredit foto: IG

Dalam masa sama, Sharif mencabar individu terbabit bersemuka dengannya.

"Saya mahu jumpa dia, nak bagi dia tengok saya punya IC (MyKad).

"Saya sedar muka kami ni memang seperti orang-orang luar tapi dia tak sepatutnya kaitkan dengan isu sensitif seperti ini.

"Saya nak sangat berdepan dengan dia, nak tanya apa yang dia tak puas hati. Saya tak suka dan saya akan cari sampai dapat.

"Saya tak tahu apa motif dia buat begini, apa yang dia nak. Saya memang asli orang Sabah. Kalau kau jantan, kita berdepan. Aku nak jumpa kau!" serunya.


Kredit foto: IG

Sharif yang sudah melaporkan kejadian kepada polis menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang kerana enggan perkara sama berulang kepada orang lain.



Beranilah dia hina orang lain sebab berselindung di sebalik akaun palsu. Kita tengok dia berani tak berdepan Sharif sebelum kena saman. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 2-1-2020 12:26 PM
Napa nak terhina oamg kutuk ko yeop?

Tak turunnnn nilai baik ko

Taaaaak kurang beso atom pun iman ko

Takkk ilang aura ko

Napa nk lenting yeop? Napa tak senyum ajo?


Iyaaa..ghuper kamik mcm yindon kan? Alhamdulillah..murahhhh rezki kamii

It is not who you are that count
It is what u give that counts..hoccay

Manusia..ko hidup depa mengata..ko mati nanti.pun depa masih mengata

Molot tempayan ko leh tutup mulut manusia? Ko tunggu je kiamat..btuii?

Quote Suchi 2-1-2020 12:32 PM
Tapi dr zaman raja lawak iols konpius gak ingat depa ni ic merah.
Sbb tagline depa pantang mundur kecuali operasi tu macam bahasa indo je..
Ke tu mmg loghat sabah gitu.
Tp rupa depa tak macam indo lebih kepada pinoy.
Quote MnhSengalBengal 2-1-2020 12:37 PM
Suchi replied at 2-1-2020 12:32 PM
Tapi dr zaman raja lawak iols konpius gak ingat depa ni ic merah.
Sbb tagline depa pantang mundur k ...

Mmg loghat sabah macam tu. Kat Sabah isu PATI dari pinoy ni mmg banyak dan agak sensitif. Kalau diorang marah, meols tak terkejut, sbb meols mmg ramai kenalan sabah. Mmg Sabah anti sikit dengan geng2 PATi ni, kalau orang cop2 PATI boleh jd kes gado kalau kt sana.
Quote miss_strangers 2-1-2020 12:46 PM
Jan juga Kau marah2 bha...diorang seja Kasi kin panas Sama Kau jak Tu..
Quote aammyy 2-1-2020 12:51 PM
MnhSengalBengal replied at 2-1-2020 12:37 PM
Mmg loghat sabah macam tu. Kat Sabah isu PATI dari pinoy ni mmg banyak dan agak sensitif. Kalau di ...

Oh ye ke. Iolls pelik jugak. Lelaki jarang nak terasa. Mcm orang batam pergi indon tp kena cop orang msia sbb loghat, kesian sbb kena scam - jual mknan harga mahal
Quote minguk 2-1-2020 12:56 PM
kenapa nak terhina kalau korang sendiri pun bila buat lawak guna issue muka masing2?
Quote KIM.K 2-1-2020 01:11 PM
MnhSengalBengal replied at 2-1-2020 12:37 PM
Mmg loghat sabah macam tu. Kat Sabah isu PATI dari pinoy ni mmg banyak dan agak sensitif. Kalau di ...

Iya ke. Kemain hensem lagi agen ranau iols tu siap sado makan protein lagi
Nda serupa pati pon bah
Quote AshkieLa 2-1-2020 01:22 PM
ohh... ingatkan org tu pi kutuk arwah bapak dia ke...
sebab beria dia panas hati...
selalunya kalau org kutuk kita mcm ahhh lantak kan lagi... kalau kutuk family yg melenting kaw2 punya...
apepun, better abaikan jela... buat semak kepala je amik pusing dgn kata2 nista jenis macam ni...

tapi2 nama2 penuh diorg bertiga susah nak ingat ehh... dengan nama bapak dekat2 nak sama...
Quote prettyuglybabe 2-1-2020 01:25 PM
membahan orang boleh..
bila jadi bahan nak marah pulak..
Quote sok_suci 2-1-2020 01:27 PM
Euwww..perlu ke nak melenting siap report polis bagai. Poyo.
Quote Nt-ViruS 2-1-2020 01:34 PM
mengelabah tetek
Quote Kurex 2-1-2020 02:00 PM
lek dah la...
Quote September14 2-1-2020 02:11 PM
Eeii hati tisu... tp yg kerinting tu muka dia agak comel tp selekeh
Quote tikusmontok 2-1-2020 02:23 PM
apa yg nak marah sgt..memang pun. rilek jer la.

Quote clarizsa 2-1-2020 02:34 PM
Biasalah kt msia muka pelbagai
Quote takayama 2-1-2020 02:38 PM
Diaorg bertiga ni adik beradik ek sbb tgk nama bapa sama. Btw abaikan ajelah apa org nak kata, just buat yg terbaik dan naikkan nama group supaya org yg hina tu terbeliak biji mata.
Terigt klien sabah pernah kata org sabah ni pantang dicuit cepat aje melentingnya, nsb baik klien tu dgn few lawyer sabah yg pernah deal semua okay dan nice termsk ex staff yg juga sabahan. Namun x di nafikan org luar selalu pandang serong dgn sabahan dan ada yg kabel kan sabahan sebg kasar etc
Moga maju jaya yea group ni
Quote RumiMenari 2-1-2020 02:49 PM
Tapi kalau kt MLM ke mane ke bukan korang slalu lawakkan muke masing2 ke
Quote adeqbun 2-1-2020 02:53 PM
bkn diorg gak ke yg sakan membahan sesama sndri bile kat pentas..pastu nape sentap tibe2
Quote dua_chzy 2-1-2020 03:06 PM
Tengok nama pun tahu keturunan Pelipin. Cei.

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.047117 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top