CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Mengamuk Buat Murid Macam Anak Patung Sebab Lupa Kerja Sekolah

2-1-2020 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5273| Komen: 13

Guru sekolah rendah di wilayah Zhejiang, China digantung perkhidmatannya selepas tular video dia melakukan kekerasan terhadap muridnya di dalam kelas.

Menurut laporan Shanghaiist, kejadian berlaku di Sekolah Rendah NO.5 di Longgang.



Kredit foto: Shanghaiist

Rakaman video di dalam kelas itu menunjukkan guru lelaki terbabit menujah dan menampar muka seorang murid perempuan sebelum menariknya ke hadapan kelas.

Dia yang masih marah-marah dilihat menolak-nolak dan menampar kanak-kanak itu di hadapan murid lain.

Tidak cukup dengan itu, guru berkenaan mengangkat mangsa dan memperlakukannya seperti anak patung dengan menggoncang tubuhnya dalam keadaan kaki di atas dan kepala di bawah.


Kredit foto: Shanghaiist


Ketika kejadian, kelihatan murid lain ketakutan hingga ada yang cuba bersembunyi di bawah meja.

Difahamkan, kemarahan guru itu dikatakan berpunca apabila mangsa terlupa menyiapkan tugasan sekolahnya.



Pada Ahad, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan kenyataan mengesahkan guru terbabit digantung tugas dan kes kini dalam siasatan. - CARI

Bagus
9

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 2-1-2020 12:53 PM
dah agak, mesti bangsa berangan suci..
Quote Pink_Purple 2-1-2020 01:30 PM
ingat kat malaysia, sebab hari ni hari pertama sekolah cikgu dah mengamok..
gagal urus emosi marah tu, jangan jadi cikgu la..
kalau anak awak orang buat macam tu, apa perasaan awak..
Quote Nt-ViruS 2-1-2020 01:36 PM
anak dia ada buat camtu juga tak?.
Quote jahcomel 2-1-2020 01:52 PM
Cikgu xyah lh emosi sgt, ajar pd murid y beto2 nk blajar y main2 tu ikut diaorg lh, kalu cikgu rotan cikgu pulak y Salah, stress mnjang cikgu kena darah tinggi pulak...
Quote duri_durians 2-1-2020 02:13 PM
kelas mmg ada cctv ke?

atau cikgu ni dah byk kes sampai school admin letak cctv?
Quote MissLana 2-1-2020 02:14 PM
extreme ye, sesama bangsa pun didera, apetah lg kaum uyghur
Quote umbut 2-1-2020 02:21 PM
Ni lah true colour perangai2 sepet
Quote umbut 2-1-2020 02:22 PM
duri_durians replied at 2-1-2020 02:13 PM
kelas mmg ada cctv ke?

atau cikgu ni dah byk kes sampai school admin letak cctv?

Sana memang byk cctv.. mana2 ada.. tu pun x terkawal perangai..
Quote eyansss 2-1-2020 02:46 PM
ni namanya babi menyamar jadi cikgu...  cikgu takkan buat camni...  jangan la cikgu sek ren anak aku jadi camni...  cukup je la ada sekor babi ni jadi cikgu masa anak aku tadika haritu...  terus aku tukar tadika...
Quote i_is_kennot 3-1-2020 01:11 AM
Baran betul cikgu nya,  di tongengkan budak tu mcm permainan..
Quote Megikari 4-1-2020 10:08 AM
Kat malaysia ni pun patut letak cctv dalam kelas macam tu. Anak i asyik mengadu ustaz main henpon sepanjang masa dalam kelas, most of the time tak masuk kelas langsung pun
Quote kimbora 6-1-2020 12:01 AM
Gaduh dengan binik kat rumah tapi lepas kat sekolah. Mentang2 budak tu kecik tak boleh nak melawan. Hanatnya cikgu.
Quote raxief 26-2-2020 07:14 PM
ramainya murid  dlm kelas tu..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.043186 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top