CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hebatnya Kamu, Yakinnnya Kamu!"- Zaki Azeman Sedia Berdepan Isu Video Panas

3-1-2020 10:43 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 18236| Komen: 63|Original author: Oleh: Vanilla Thunder



Kebelakangan ini, isu video panas membabitkan beberapa selebriti lelaki tanah air menjadi kian parah. Tahun lalu sahaja, lambakan video lucah yang dikatakan milik/mirip beberapa selebriti terkenal tersebar di media sosial seperti Twitter. 

Malah, ada juga pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menjual setiap video mahupun gambar panas selebriti terbabit dengan harga tinggi kepada yang mahu menontonnya, sekali gus menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapatnya sindiket di luar sana yang mensasarkan golongan artis tertentu untuk beraksi lucah melalui teknik 'catfishing', mahupun pemalsuan video menggunakan teknologi deepfake semata-mata untuk tujuan keuntungan.

Biarpun keaslian dan kesahihan sesetengah video panas melibatkan artis lelaki terbabit tidak dapat dibuktikan, impaknya terhadap kerjaya mereka tidak dapat dinafikan memandangkan ada artis yang menjadi semakin terkenal apabila terpalit kontroversi video panas biarpun mungkin dikecam netizen pada awalnya.


Justeru, pendatang baru dalam industri hiburan iaitu pelakon Zaki Azeman seperti dipetik dari murai.my menyatakan bahawa dia bersedia menghadapi dakwaan yang sama sekiranya turut terpalit kelak.

Malah, dia menyifatkan isu terbabit sebagai salah satu cabaran yang perlu dihadapi penggiat seni hiburan terutamanya buat pendatang baru sepertinya.



Namun, ini tidak bermakna pelakon berusia 26 tahun berasal dari Perlis ini mahu menempa kejayaan dan meraih populariti dengan cara yang mengaibkan seperti itu biarpun dia akui kontroversi seperti itu mampu menaikkan nama seseorang.



Apabila diminta mengulas mengenai isu video panas artis lelaki yang kian berleluasa, Zaki berkata;

"Saya dah bersedia untuk berhadapan dengan isu seumpama itu. Bila kita masuk dalam industri, perkara seperti ini mungkin akan berlaku dan tetap kena berhadapan dengannya.

"Mungkin boleh naikkan nama seseorang, tapi saya tolak untuk berjaya dengan kontroversi seperti itu, saya nak berjaya dengan cara yang baik," jelasnya.



Untuk pengetahuan, Zaki Azeman kini giat mempromosikan drama terbarunya, Ombak Rindu The Series yang hangat ditayangkan di saluran penstriman tempatan iFlix.



Zaki mengakui dia agak  tertekan  dan gemuruh membawakan watak Syamyl yang asalnya dilakonkan oleh  pelakon berkaliber Bront Plarae namun dia merasa cukup bertuah apabila sering mendapat tunjuk ajar daripada Remy Ishak dan Izara Aishah sepanjang penggambaran drama tersebut berlangsung.



Semoga Zaki dapat menanganinya dengan baik jika ditadirkan terpalit kontroversi video lucah. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote af_mania 3-1-2020 10:47 AM
Sedangkan pelakon hollywood tony stark ada klon di malaysia ni apatah lagi pelakon gred D macam dia ni
Quote af_mania 3-1-2020 10:49 AM
Dia ni ke yg bakal keluarkan single juga nanti?? Kalau ya.. mmg dah bertebaran pun.
Quote Ferr_Remy 3-1-2020 11:00 AM
Who are yusssss? Muka pun beser2 jer. {:laugh
Quote kumak 3-1-2020 11:00 AM
WHO ARE YUSSSSSSSSS!!!!!
Quote Ritacomels 3-1-2020 11:09 AM
Hahaaa, kalau ada pon, org x heran lahhh, sape je lahh dia ni, nk jual buat duit pon x laky video tu
Quote Kurex 3-1-2020 11:32 AM
nak tengok video tu.. nak buat kaji selidik dengan lebih mendalam
Quote puanbintang 3-1-2020 11:34 AM
halaaah..halaaah..minat jugakla tengok dia ni berlakon..1st tengok dalam drama isteri untuk disewa tu..cheeky2 wataknya kena dengan muka manis dia
Quote adelea 3-1-2020 11:36 AM
kumak replied at 3-1-2020 11:00 AM
WHO ARE YUSSSSSSSSS!!!!!

tak yah nak whoarryus sgt laa
dia ni dah lama dalam industri

korng citer melayu pon x tgk
hujung2 whoareyouskan org

ntahpapentah !
Quote prettyuglybabe 3-1-2020 11:42 AM
ooo.. dia ni yang cerita dengan tiz tu kan..
memang orang perlis ke..
padan la pekat cakap utara dia..
Quote AmandaRollins 3-1-2020 11:44 AM
Who the hell are yousssss????
Quote alexandria_iz 3-1-2020 11:45 AM
Belom apa2 "dah bersedia kalo terpalit kontroversi sebegitu"

Ko mmg dah pernah buat laa tu. Takut terkantoi?

Org kalo x pernah buat - dia cakap je "buat apa nak takut, saya x pernah buat". Bodoh abadi   

Dah laa aku x kenal pun mamat nie. Bagi statement ala2 pemes. Heran aku
Quote pure_lady 3-1-2020 11:45 AM
Alaaa tak taste la. Tak kenal.
Quote syadq 3-1-2020 12:09 PM
Who r yuss? Confirm pernah menayang
Quote silampumeja 3-1-2020 12:13 PM
alaaa suke tengok dia sejak dalam bila aidil ada fitri, jadi adik saleha.....ade jugak ke videonya.... whyla semua harus begini
Quote kiah_mai_pulak 3-1-2020 12:16 PM
adelea replied at 3-1-2020 11:36 AM
tak yah nak whoarryus sgt laa
dia ni dah lama dalam industri


dh mmg whoayussss nk ckp apa lg??
Quote flyzpiz 3-1-2020 12:28 PM
Sape ni nyiahhhh,muka stok2 laki kampung berwajah desa
Quote chillipepper 3-1-2020 01:00 PM
who are yous sangat hahahahhaa
Quote Orix 3-1-2020 01:45 PM
Who r yusss dekkkk
Quote Ritacomels 3-1-2020 01:47 PM
flyzpiz replied at 3-1-2020 12:28 PM
Sape ni nyiahhhh,muka stok2 laki kampung berwajah desa

Dia ada berlakon dlm sdk dgn zul Dan tiz zaqyah tu, muka dia manis helok berlesung pipit, to stok desa2 la hahaaaaa

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.142145 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top