CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuan Rumah Bengang Bomba Selfie Ramai-ramai Depan Rumah Terbakar

3-1-2020 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9249| Komen: 31

Lelaki berang apabila sepasukan bomba di Detroit kelihatan gembira bergambar di hadapan rumahnya yang sedang dijilat api marak.

"Mereka hanya membiarkan ia terbakar. 18 anggota dan semuanya tidak melakukan apa-apa," kata Deonte Higginbotham, 21, kepada New York Post.



Foto: FB Bomba Detroit/Daily Mail

Difahamkan, rumah itu didiami keluarganya sejak 50 tahun lalu.

Tambahnya, semua ahli keluarganya terkilan dan berang dengan kejadian dan menggesa supaya pihak berwajib memecat kesemua anggota terbabit.

Memetik Daily Mail, gambar itu dimuat naik di Facebook pada malam Selasa dengan kapsyen;

"Anggota bomba berehat seketika untuk berswafoto pada tahun baru!"

Foto itu dipercayai dirakam sebagai kenangan kerana ketua batalion berkenaan akan bersara.


Foto: FB Bomba Detroit/Daily Mail


Namun, Komisioner Bomba Detroit, Eric Jones berkata, ada banyak cara lain untuk meraikan persaraan.

"Bergambar di hadapan bangunan sedang dijilat api bukan salah satu daripadanya.

"Kami akan menyiasat perkara ini dan mereka akan dikenakan tindakan disiplin jika terbukti bersalah," katanya.

Jones juga menyifatkan tindakan anggota terbabit tidak wajar dilakukan dan tidak profesional. - CARI

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote joyahglam 3-1-2020 01:17 PM
aduh.. tak sensitip langsung dengan nasib malang owner rumah terbako tu
Quote supernaturalee 3-1-2020 01:26 PM
Tuan rmh dgn jiran2 mn
Xkn dpn2 dorg berselfie

Quote shernazz 3-1-2020 01:27 PM
Padam la.dolu kok ye pung.baru la bergambar...
Tanda kejayaan terakhir utk pegawai tu
Quote barfi 3-1-2020 01:41 PM
Kalau aku pun bengang semua anggota kat situ aku hamburkan
Quote ReginaGeorge 3-1-2020 01:46 PM
Sapa kata mat saleh takda yang bodoh?
Quote krustykrab 3-1-2020 01:57 PM
ReginaGeorge replied at 3-1-2020 01:46 PM
Sapa kata mat saleh takda yang bodoh?

Ehhh...depa semua tufasih ingerish...bijsk2 semua tu
Quote JohnnySins 3-1-2020 02:17 PM
Quote JohnnySins 3-1-2020 02:18 PM
shernazz replied at 3-1-2020 01:27 PM
Padam la.dolu kok ye pung.baru la bergambar...
Tanda kejayaan terakhir utk pegawai tu

kalau dah padam api tak dak la pencahayaan....fotografi 101...wakakakakakkaakkaa
Quote prettyuglybabe 3-1-2020 03:16 PM
maybe dorang tengok api marak gitu padam laju-laju pun rumah dah tentu hancur
lagi pulak rumah kat sana boleh kata 60 - 80% struktur guna kayu..
Quote berusjamban 3-1-2020 03:47 PM
Boringnye gambar selfie diorg. I was hoping diorg selfie 1/2 naked mcm australian firefighters tu
Quote Cassieopeia 3-1-2020 04:13 PM
aik boleh pulak gitu..mesti tengah kalut dgn orang ramai lgi...
Quote aHoi83 3-1-2020 04:15 PM
Sementara di Malaysia, ahli bomba dipukul hingga mati, jentera di rosakkan.
Quote Artemesiaa 3-1-2020 04:29 PM
Gigihnay memasing siap ler nak menjawab lepas kena viral
Quote Noraniza_Iblis 3-1-2020 05:39 PM
kokosen bodoh
Quote putericahaya999 3-1-2020 10:05 PM
Biasa je selfie di tempat kerja. Kerja padam api kna selfi masa ada api la baru real
Quote kakakOmes 3-1-2020 10:20 PM
Staff yg nak bersara tu selamat dah, yg kerja lagi tu siaplah dapat show cause letter
Quote gideoncross 4-1-2020 03:15 AM
aHoi83 replied at 3-1-2020 04:15 PM
Sementara di Malaysia, ahli bomba dipukul hingga mati, jentera di rosakkan.

Brita psl apa ni? Seram nya, smpai mcm tu skali.

Quote i_is_kennot 4-1-2020 05:27 AM
Nak fefelingv dalam movie ka deolss...   . Macam2 dunia
Quote arnauld 4-1-2020 06:25 AM
Kalau movie mat salleh amareka lah paling heroic sekali bab kerja kat er polis bomba. Real life api tgh marak boleh selfiebreak adoiyai hehehe ramai kena pecat ni

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 1.261567 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top